kilas I

1. lingkaran rotan (untuk mengikat kaki binatang, mengikat pengayuh pada keliti, dan lain-lain);

2. sejenis penyambung yang membolehkan bahagian sesuatu yang dilekatkan (disambungkan) padanya berputar dengan bebas;

3. [Kelantan] gulung kain sarung pada pinggang:
Muda mengeluarkan rokok daun dari ~ kainnya;

4. (Kejuruteraan) daya yang menghasilkan gerakan berputar yang diukur dalam unit newton-meter, biasanya digunakan dalam motor, bagi menunjukkan kebolehannya memiuh berbanding dengan motor-motor lain;

mengilas
1. mengenakan atau memasang kilas (gelang-gelang rotan), mengeratkan ikatan tali dengan mengumpil;

2. [Kelantan] menggulung kain di pinggang (ketika memakainya).

berkongsi