kibas I

mengibas, mengibas-ngibas
1. bergerak-gerak ke atas ke bawah seperti melambai atau mengipas;

2. menyebat (meja dan lain-lain) dengan kain dan lain-lain (untuk menghilangkan debu dan lain-lain), mengebas:
dia ~ bangku itu dengan sapu tangan sebelum mendudukinya;

mengibaskan, mengibas-ngibaskan menggerakkan (sayap dan lain-lain) ke atas ke bawah seperti melambai-lambai:
seekor ayam jantan mengibas-ngibaskan kepaknya dan berkokok dengan nyaringnya;

2. mengibar-ngibarkan dengan keras (kain dan lain-lain), mengebas:
kain-kain hendaklah dikibaskan untuk menghilangkan debu yang melekat padanya.

berkongsi