[Arab]
1. ibarat, teladan atau pengajaran (yang terkandung atau ternyata dalam cerita dan lain-lain):
disiarkan cerita-cerita yang (di dalamnya) penuh ~, ibarat dan pengajaran;
2. teguran yang tidak dengan terus-terang, sindiran;
3. perbandingan dengan contoh yang telah ada atau dengan hal yang telah berlaku:
ulama-ulama itu menjalankan tugas mereka dengan berdasarkan Quran, hadis, ~ dan ijmak;
mengambil ~ mengambil contoh (teladan);
ahli ~ ahli hukum Islam yang berdasarkan kias;
manusia tahan ~, binatang tahan palu (peribahasa) manusia boleh diajar dengan sindiran sahaja tetapi binatang hendaklah dipukul;
berkias berkata-kata dengan menggunakan kias (sindiran), beribarat:
aku tak pandai ~, tak pandai beribarat;
berkias-kiasan sindir-menyindir:
Hajah Sainah turut ~ untuk mengusik anak angkatnya;
mengias
1. menyindir:
tidak aku sangka budak semuda itu pandai benar ~;
2. memperbandingkan dengan perkara yang telah ada atau telah berlaku:
khalifah-khalifah itu menyelidiki hukum-hukum bagi perkara baru itu dengan jalan dikias dengan sesuatu hukum yang seumpamanya;
kias-~ berkias-kias, sindir-menyindir;
mengiasi menyindir kepada;
mengiaskan
1. mengenakan kias (perbandingan, persamaan) pada:
~ satu fasal undang-undang kepada suatu keadaan yang tertentu;
2. menunjukkan (mengemukakan) sesuatu dengan perbandingan (persamaan), mengibaratkan:
pepatah Inggeris ~ orang bodoh yang banyak cakapnya sebagai tong yang tidak berisi;
3. membuat sindiran (ibarat dan lain-lain) yang ditujukan kepada:
ayahnya pernah juga ~ kepada dia supaya membuat amal ibadat;
kiasan
1. pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dengan perbandingan (persamaan) perkara yang lain;
2. ibarat, perumpamaan;
3. sindiran;
4. pengajaran atau contoh (yang terdapat dalam cerita dan lain-lain), teladan;
5. lambang;
6.
a) = erti ~ erti yang tersembunyi (lain daripada erti yang ternyata);
b) = kata ~ kata yang mengandungi (mempunyai) erti kiasan;
berkiasan memakai (menggunakan) kiasan, mengandungi kiasan.