khusus

(jamak bagi khas) khas, istimewa (untuk seseorang atau sesuatu), tidak umum:
kursus-kursus dan latihan itu ~ untuk kaum wanita;
persidangan pegawai-pegawai itu diadakan untuk membincangkan masalah ekonomi, ~nya ekonomi luar bandar;
badan-badan ~
badan untuk tujuan (tugas, tanggungjawab, dan lain-lain) yang tertentu;

mengkhusus menjadi khusus, menjadi (merupakan) sesuatu yang bersifat khusus:
teknologinya berkembang dengan sangat pesat dan ~;
~ kepada
menuju kepada, menjadi tertumpu kepada, menumpu kepada;

mengkhususi menumpukan usaha kepada bidang atau aktiviti tertentu:
penyelidik-penyelidik yang ~ bidang geofizik;

mengkhususkan menjadikan khusus (untuk orang atau sesuatu yang tertentu), mengistimewakan, mengekhaskan:
ia ~ diri dalam bidang kebudayaan;
tempat yang dikhususkan bagi para jemputan khas;

terkhusus terkhas, teristimewa, tertentu (untuk sesuatu);

kekhususan
1. perihal (sifat dan sebagainya) khusus:
~ sesuatu ilmu pengetahuan;

2. sesuatu yang (bersifat) khusus;

pengkhususan perihal menjurus dalam sesuatu bidang;

berpengkhususan mempunyai pengkhususan:
syarikat tersebut berkecimpung dan ~ dalam bidang reka bentuk.

berkongsi