khalwat

[Arab]
1. perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri (kerana menenangkan fikiran, bertafakur, dan lain-lain);

2. hal berdua-duaan di tempat yang terpencil atau tersembunyi, antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri, sehingga boleh menimbulkan fitnah dan dianggap sebagai suatu perbuatan yang sumbang:
kejadian-kejadian ~ yang menjadi-jadi sekarang menunjukkan kemerosotan moral pemuda-pemudi zaman moden;

berkhalwat
1. mengasingkan (memencilkan diri di tempat yang sunyi (kerana bertafakur, beribadat, dan lain-lain):
Tun Kesturi pun bertemu dengan Laksamana di dalam rumah ~ tiada dapat berkata-kata dengan seorang jua pun;

2. berada berdua-duaan dalam keadaan yang sumbang di tempat yang terpencil atau tersembunyi (berkenaan (dengan) lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri):
seorang isteri yang mempunyai anak dituduh ~ dengan seorang teruna di dalam sebuah bilik.

berkongsi