ketuk I

pukulan (dengan buku jari dan lain-lain) pada pintu dan lain-lain;
~ buluh = ketuk-ketuk;
~ kadal sejenis permainan kanak-kanak yang terdiri daripada bilah buluh yang diketuk-ketuk;

ketuk-ketuk sejenis alat daripada kayu berongga atau buluh yang dipukul kerana sesuatu sebab (untuk memberitahu waktu sembahyang, memanggil orang berhimpun, dan lain-lain), kentung-kentung, tongtong:
~ di masjid telah berbunyi menyeru orang mengerjakan sembahyang;

mengetuk memukul dengan buku jari, memukul dengan palu atau sesuatu alat:
pintu kamarnya diketuk orang;
~ paku dengan tukul;
~ kawat
menghantar telegram;

mengetukkan mengetuk untuk:
nanti aku pula jadi mangsa untuk ~ engkau pintu.;

ketukan (bunyi) pukulan dengan buku jari atau sesuatu alat, ketuk;

pengetuk sesuatu yang digunakan untuk mengetuk, tukul.

berkongsi