keteng

[arkaik] sejenis wang tembaga (nilainya kira-kira setengah sen), keping, peser, rini;

seketeng [arkaik] setengah duit (sen), sepeser, serini;

mengeteng membeli secara runcit, membeli eceran, membeli dengan berdikit-dikit:
ada wang bolehlah memborong, tiada wang ~ sahaja;

mengetengi membahagi-bahagi (barang-barang dagangan) untuk dijual secara runcit;

mengetengkan menjual runcit-runcit, (eceran), menjual satu-satu atau sedikit-sedikit;

ketengan eceran, runcit-runcit atau sedikit-sedikit (berkenaan (dengan) penjualan atau pembelian barang-barang);
harga ~ harga runcit, harga barang yang dijual (dibeli) satu-satu atau sedikit-sedikit.

berkongsi