1. tidak licin, kasar (apabila diraba), kering (tidak lembap):
kulitnya yang halus dan segar mulai beransur-ansur ~ dan layu, sebab sentiasa bekerja berat dalam panas;
2. [arkaik] tidak lembik (berkenaan (dengan) tubuh), keras:
tubuhnya ~ ;
3. yang menyakiti atau menimbulkan kemarahan, keras atau kasar (berkenaan (dengan) kata-kata seseorang atau sesuatu perkataan):
kata-kata ~ yang dikeluarkan oleh jirannya itu menghilangkan kesabarannya;~ daun pimping, kalau ~ daun labu boleh dicelur (peribahasa) orang yang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang-orang yang bijak pandai, tetapi kalau baik kelakuannya ada juga faedahnya;
~-~ daun pimping (peribahasa) perihal orang yang lazimnya lemah tetapi pada masa-masa yang tertentu berlaku keras juga;
bertunggal ditarah ~ diempelas (peribahasa) [Minangkabau] sudah diselesaikan dengan sempurnanya (perselisihan atau pertelingkahan);
mengesat
1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering:
budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya;
~ peluh;
~ darah;
2. [bahasa percakapan] menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (daripada habuk, kotoran, dan lain-lain);
pengesat;
~ kaki sesuatu yang dibuat daripada sabut (getah dan lain-lain) tempat mengesat kaki;
~ tangan kain (sapu tangan, kertas, dan lain-lain) untuk mengesat tangan.