1. tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu, bekas:
banyak ~ tapak kaki orang di tepi pantai itu;
kelihatan ~-~ pahat pada tiang seri rumah itu;
terdapat ~-~ jari pada senjata yang digunakan itu;
2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yang timbul daripada sesuatu kejadian (keadaan, perbuatan, tindakan, dan lain-lain), kesudahan (hasil, akibat) daripada sesuatu, efek:
kebersihan akan memberi ~ yang baik kepada perniagaan;
penderitaan rakyat adalah ~ besar daripada peperangan yang belum tamat itu;
3. pengaruh (pada pemikiran, sikap, watak, dan sebagainya) yang timbul akibat daripada menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu, efek:
~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri;
puisi dapat memberikan ~ yang mendalam kepada pembaca;
~ balas kegiatan (perbuatan dan lain-lain) yang timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas;
~ gelombang bekas (jejak) gelombang;
~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu;
~ sampingan kesan yang turut timbul selain daripada kesan utama yang dikehendaki atau yang telah dijangkakan;
berkesan
1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas:
beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pada kulitnya;
2. menimbulkan hasil (kesudahan dan sebagainya) yang diharapkan, membawa kepada sesuatu perubahan (perkembangan dan sebagainya), efektif:
kerajaan akan meneruskan langkah dan tindakan yang ~ untuk meninggikan taraf hidup rakyat;
pasukan tentera telah melancarkan serangan yang ~ ke atas musuh;
3. mendatangkan sesuatu pengaruh kepada pemikiran (sikap, watak, dan sebagainya) seseorang atau sesuatu golongan dan lain-lain (seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dan lain-lain), efektif:
kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya;
keberkesanan perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dan sebagainya):
~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperoleh sesudahnya;
Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dari segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR;
mengesan
1. meninggalkan atau memberi kesan;
2. mencari-cari (mengikut) dengan berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yang telah berlaku (dengan fikiran, ingatan, dan lain-lain), mengekori:
dalam gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas;
3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan sesuatu benda (pada kertas dan lain-lain):
~ perjalanan kapal angkasa yang baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat;
peraduan ~ bola yang dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik daripada pembaca;
mengesani mengesan sesuatu, menjejaki:
dia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yang dapat diingatnya;
mengesankan meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dan lain-lain):
berus yang bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas;
memperkesankan menyebabkan berkesan;
terkesan mendapat kesan (setelah memerhatikan, mendengar, dan lain-lain):
jika berlaku tindakan sekatan minyak, negara-negara pengimport minyak tidak begitu ~.
pengesanan perihal atau perbuatan mengesan;
pengesan sesuatu (alat dan lain-lain) untuk mengesan.