kesal

= ~ hati
1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dan lain-lain), berasa sebal, berasa jengkel:
penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu;
katanya ia tidak ~ tentang apa yang berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir;

2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel:
ia mengisahkan dengan ~ tentang perceraiannya dengan isterinya;
mereka berbuat sesuatu dengan tidak berfikir, kemudian timbul pula ~;

mengesali berasa kesal (tidak senang) akan:
menteri itu ~ sikap setengah-setengah parti pembangkang dalam hal ini;
beliau ~ pergaulan bebas pemuda-pemudi;

mengesalkan menyebabkan berasa kesal (kecewa, tidak senang hati), menimbulkan (membangkitkan) kesal:
hal itu sangat ~ hati mereka berdua;

berkongsi