kerusi

1. sejenis tempat duduk yang ada kaki dan tempat bersandar (dan biasanya juga tempat meletakkan tangan);

2. [kiasan] kedudukan (dalam persidangan, Parlimen, dan lain-lain), jawatan:
parti pembangkang mendapat beberapa buah ~ dalam Majlis-Majlis Undangan Negeri;
Malaysia telah melantik wakilnya untuk menduduki ~ dalam Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu;
berebut ~
berebut (menerusi pilihan raya dan lain-lain) untuk mendapat kedudukan dalam Parlimen (majlis undangan, persidangan, dan lain-lain);

3. (Ekonomi) keahlian seseorang atau organisasi dalam sesuatu bursa saham;
~ anjal sejenis kerusi yang dapat melentingkan juruterbang keluar dari pesawat ketika kecemasan;
~ elektrik kerusi bercas elektrik tempat penjenayah menjalani hukuman mati;
~ goyang kerusi yang boleh bergoyang-goyang apabila diduduki orang;
~ lenting kerusi anjal;
~ malas kerusi yang menganjur panjang (untuk berbaring);
~ panas ki
a) kedudukan seseorang dalam sesuatu jawatan tertinggi yang memerlukan seseorang itu memikul tanggungjawab yang berat, berisiko tinggi serta perlu membuat keputusan dan tindakan dengan segera;
b) jawatan atau kedudukan tertinggi dalam sesuatu persatuan, pertubuhan, pertandingan dan lain-lain yang menjadi rebutan atau selalu bertukar ganti penjawatnya:
~ panas pengurus skuad badminton negara;
~ panjang kerusi yang panjang (digunakan sebagai pembaringan atau tempat duduk bagi dua atau tiga orang);
~ rehat = ~ seti kerusi atau tempat duduk panjang (untuk dua atau tiga orang);
~ roda sejenis kerusi beroda untuk kegunaan orang cacat anggota atau orang sakit;
~ serang (Marin) sejenis kerusi kayu yang digunakan untuk menurunkan atau menaikkan pekerja ketika menyenggara atau mengecat kapal;
~ tangan kerusi yang mempunyai pemegang di sisinya (untuk meletakkan tangan);
~ urut kerusi yang direka bentuk khas untuk mengurut bahagian tertentu badan secara getaran;

mempengerusikan
1. menjadi atau berlaku sebagai ketua persidangan (perhimpunan, mesyuarat, dan sebagainya), memimpin, atau mengendalikan mesyuarat dan sebagainya (supaya segala perbincangan dan urusan berjalan dengan licin dan teratur):
Perdana Menteri membuat pengumuman demikian sejurus setelah ~ sidang mingguan kabinet;

2. mengetuai dan memimpin (pertubuhan, suruhanjaya, jawatankuasa, dan lain-lain):
Suruhanjaya ini di pengerusikan oleh Hakim Besar;

pengerusi
1. ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dan sebagainya):
Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri;

2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dan lain-lain):
~ Lembaga Pengarah.

berkongsi