keruk I

bunyi seperti bunyi menggaruk (mengikis, mengerik, dan sebagainya);
kapal ~ kapal korek;

mengeruk
1. menggaruk atau mengerik dengan kuat (dengan tangan, penggaruk, dan sebagainya) untuk mengambil sesuatu, mengikis, mengerik:
~ tanah dengan tempurung;
~ kerak nasi dengan senduk;

2. mengorek, menggali, mengeduk:
~ lumpur;

3. menggaruk dengan tangan;

4. menyelukkan tangan (memasukkan tangan ke dalam);

mengerukkan;
~ tangan
a) membuat tangan mengeruk (mengerik, mengorek) sesuatu;
b) menyelukkan tangan;

terkeruk-keruk tergaru-garu, tergaruk-garuk (kerana berasa gatal dan sebagainya):
dia ~ kerana terkena miang rebung;

pengerukan
1. perihal (perbuatan) mengeruk;

2. pengorekan.

berkongsi