1. tidak jernih (kerana mengandungi kotoran seperti keladak, lumpur, dan lain-lain), agak kotor (berkenaan (dengan) air):
lumpur dari lombong bijih itu menjadikan air sungai itu ~;
2. tidak menyenangkan atau menggembirakan (berkenaan (dengan) kejadian, peristiwa, suasana, dan sebagainya), tidak cerah (berkenaan (dengan) keadaan cuaca dan lain-lain), agak muram (berkenaan (dengan) air muka), agak kacau (kusut) atau tidak keruan (berkenaan (dengan) perasaan dan sebagainya), tidak sopan atau tertib (berkenaan (dengan) kata-kata dan sebagainya):
Bidin terkenangkan peristiwa-peristiwa ~ yang telah berlaku pada dirinya;
cuaca cerah dan udara tenang telah berubah menjadi ~ dan malap;
air muka yang ~ dan sedih;
bahasanya ~ bahasanya tidak sopan (tertib);
jejaknya ~ [Minangkabau] asal keturunannya atau perbuatannya yang sudah-sudah kurang baik;
~-~ kerak keruh sedikit (berkenaan (dengan) air);
buang yang ~ ambil yang jernih (peribahasa) lupakan perkara atau peristiwa yang tidak baik dan ambil (ingatkan) yang baik-baik sahaja;
mengeruh menjadi keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dan lain-lain);
mengeruhkan menjadikan atau menyebabkan keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dan lain-lain):
gas karbon dioksida boleh ~ air kapur;
pertelingkahan mengenai calon pilihan raya ini akan ~ suasana dalam parti;
kekeruhan keadaan atau sifat keruh, keadaan tidak jernih (tidak menyenangkan dan lain-lain):
ada sesuatu ~ dalam suasana rumah tangga Zarina;
~ air itu disebabkan oleh kotoran yang terkandung di dalamnya;
~ air mukanya menunjukkan ada sesuatu yang kurang baik telah berlaku.