kertas I

1. sejenis bahan dalam bentuk helaian nipis yang dibuat daripada kayu dan lain-lain yang padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis, dan lain-lain;

2. [sastera lama] kad (untuk berjudi);
~ akhbar kertas yang kasar dan berkualiti rendah, biasanya digunakan untuk mencetak akhbar;
~ bunga sejenis kertas nipis dalam pelbagai warna yang permukaannya berkedut-kedut, biasanya digunakan untuk membuat bunga dan sebagainya;
~ bungkus = ~ pembungkus;
~ dinding
kertas (bercorak atau bergambar) yang dilekatkan pada dinding (untuk menghiasi bilik dan lain-lain);
~ emas kertas yang berwarna emas dalam kotak pembungkus rokok dan lain-lain;
~ embun (kembang, lap, pedap, penetap, sap, tekap) kertas untuk mengeringkan tulisan dakwat;
~ empelas (kaca, pasir) kertas berlapis serbuk kaca atau pasir untuk menggosok (melicinkan) kayu dan lain-lain;
~ graf kertas yang bergaris berpetak-petak empat segi (digunakan untuk melukis graf atau rajah);
~ jeluang kertas daripada kulit kayu;
~ karbon kertas nipis yang sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan untuk membuat salinan tulisan atau taipan;
~ kerja makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu (dibentangkan untuk perbahasan);
~ khabar [arkaik] surat khabar;
~ krep kertas bunga;
~ kulit kulit yang ditulisi;
~ lilin sejenis kertas yang dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan untuk membungkus makanan;
~ litmus kertas yang digunakan untuk menguji asid atau alkali;
~ lukis kertas untuk dilukis;
~ minyak = ~ telur kertas yang nipis licin (tidak mudah diresap oleh air atau minyak;
~ pembungkus kertas yang digunakan untuk membungkus barang;
~ pendua kertas untuk dihasilkan beberapa banyak salinan sesuatu yang telah ditaip pada stensil;
~ peperiksaan
a) kertas yang mengandungi soalan sesuatu mata pelajaran;
b) kertas jawaban oleh calon peperiksaan dalam mata pelajaran tertentu;
~ positif kertas gambar foto;
~ putih naskhah (dikeluarkan oleh kerajaan) yang mengandungi maklumat (laporan dan sebagainya) berkenaan perkara tertentu (biasanya yang ada hubungannya dengan kepentingan orang ramai);
~ rokok kertas untuk menggulung rokok;
~ saring = ~ turas kertas tapisan (untuk menapis barang cair);
~ surih kertas yang nipis, licin, dan hening (digunakan untuk menyalin peta dan lain-lain);
~ taip kertas untuk ditaip sesuatu padanya;
~ tisu kertas lembut dan nipis yang digunakan untuk mengelap muka dan lain-lain;
~ tulis kertas surat (kertas kosong untuk ditulisi);
~ undi kertas yang disediakan untuk seseorang mengundi dalam sesuatu pemilihan (pilihan raya dan sebagainya);
bunga ~
a) bunga yang dibuat daripada kertas (untuk perhiasan);
b) sejenis pohon bunga;
ibarat dakwat dengan ~, bila boleh renggang terlepas (peribahasa) sangat sesuai (berkasih-kasihan) antara satu sama lain;

mengertas;
kertas-~ ark perca (cabikan, sobek-sobekan) kertas, berbagai-bagai kertas (yang tidak ada gunanya lagi).

berkongsi