1. kerja (usaha dan sebagainya) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong:
~ antara semua pihak yang terlibat amat perlu untuk menjayakan projek ini;
2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dan lain-lain) dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah bersama:
jabatan itu dapat bergerak dengan licin hanya jika ada ~ dari pihak orang ramai;
seseorang ketua memerlukan ~ daripada orang-orang bawahannya supaya segala yang diselenggarakan berhasil;
syarikat ~ syarikat yang dikendalikan bersama oleh ahli-ahlinya (dengan cara saling membantu, menyumbang, dan sebagainya) untuk faedah bersama;
bekerjasama bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dengan cara saling membantu (menyumbang dan sebagainya), bergotong-royong:
mereka tidak dapat membuat satu-satu kerja dengan sempurna kalau tidak dengan ~.