kerja

1. usaha (kegiatan, urusan) yang bertujuan untuk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dan sebagainya) sesuatu:
beberapa minggu lagi selesailah ~ membesarkan jalan itu;
banyak lagi ~ yang perlu dibuat untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan;

2. = pekerjaan sesuatu yang diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah:
~nya yang baru ini menjadikan hidupnya agak senang;
mencari ~
berusaha untuk mendapatkan jawatan atau tugas-tugas yang menghasilkan pendapatan (secara berterusan);

3. (segala) tugas atau urusan (yang telah ditentukan sebagai tanggungjawab), kewajiban, peranan:
pastikan supaya dia menjalankan segala ~nya dengan memuaskan;
anggota pertubuhan ini hendaklah menjalankan ~ masing-masing;

4. sesuatu (apa sahaja) yang dilakukan, perbuatan:
setiap hari itulah saja ~nya, menghabiskan masa dengan kawan-kawannya;

5. [bahasa percakapan] = bekerja:
awak tidak ~ hari ini?;
~ siang malam manakan tak teruk badan;
~ amali
kerja mempraktikkan (melakukan) apa yang tersebut dalam teori;
~ bakti kerja yang dilakukan untuk kepentingan negara atau orang ramai (bukan untuk mendapatkan bayaran);
~ borong kerja yang pembayarannya didasarkan pada keseluruhan kerja yang terlibat (bayarannya setelah selesai seluruhnya atau menurut banyak kerja yang dibuat semuanya);
~ halus kerja yang memerlukan kemahiran serta ketelitian;
~ kahwin segala kegiatan dan urusan yang berkaitan dengan perkahwinan;
~ kapal kerja di kapal (sebagai anak kapal);
~ kasar kerja yang lebih memerlukan kekuatan tenaga daripada kemahiran;
~ kayu pertukangan kayu;
~ kosong [bahasa percakapan] jawatan yang belum dipenuhi, lowongan kerja;
~ ladang kerja di ladang, (usaha) berladang;
~ lapangan kajian saintifik yang dijalankan di luar bilik darjah, makmal atau pejabat untuk mendapatkan data, maklumat, dan sebagainya (bagi tujuan tertentu);~ latihan sesuatu yang dibuat untuk memahirkan diri atau untuk mendapatkan pengalaman;
~ lembur kerja yang dibuat di luar waktu pejabat;
~ luar
a) kerja selain kerja atau tugas biasa (dibuat untuk menambah pendapatan);
b) kerja yang dibuat di luar pejabat atau tempat kerja yang lazim;
~ mengikut peraturan kerja yang dijalankan tidak lebih daripada (atau secara terperinci mengikut) yang ditentukan oleh peraturan kerja;
~ paksa kerja yang diwajibkan melakukannya (sebagai hukuman);
~ pejabat kerja pengurusan (pentadbiran dan lain-lain) yang biasa dilakukan di pejabat;
~ raja [sastera lama] kerja yang diwajibkan membuatnya (dengan tiada diberi upah), kerah, (pekerjaan) rodi;
~ rampaian berbagai-bagai kerja atau latihan untuk memahirkan murid-murid dalam ilmu pelajaran yang berkenaan;
~ raya kerja-kerja pembinaan dan kejuruteraan oleh kerajaan untuk faedah orang ramai (seperti membina jalan raya, mengadakan bekalan air, dan lain-lain);
~ sambilan kerja yang dibuat (secara sambilan) di samping kerja biasa atau kerja tetap yang lain;
~ sawah kerja di sawah, bersawah (bertanam padi);
~ sawat kerja yang dilakukan oleh pesawat (jentera);
~ sementara kerja untuk jangka masa tertentu (bukan berterusan);
~ tangan kerja yang dibuat dengan tangan (seperti anyam-menganyam, pertukangan, dan sebagainya);
~ tetap kerja yang berterusan (dilakukan oleh pekerja berjawatan tetap);
~ baik berimbauan, datang buruk (malang) berhamburan (peribahasa) ketika hendak mengadakan kerja, baik dirundingkan terlebih dahulu, ketika timbul kemalangan, dibantu beramai-ramai;
~ raja dijunjung ~ kita (sendiri) dikelek (peribahasa) kerja sendiri pun boleh dibuat di samping membuat kerja orang;
~ sebarang hubah, kasih sebarang tempat (peribahasa) bekerja dengan tidak berperaturan;
sedikit ~ banyak berantun (peribahasa) orang yang malas;
tidak ~ cari ~ (peribahasa) orang yang sengaja melakukan sesuatu yang akhirnya menyusahkan dirinya juga;

sekerja sama pekerjaan (terlibat dalam jenis kerja yang sama);
kesatuan ~ kesatuan (perkumpulan atau pergabungan) pekerja yang terlibat dalam jenis kerja yang sama;

bekerja
1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dan sebagainya) untuk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dan lain-lain) sesuatu:
setiap pegawai dan kakitangan yang lain ~ bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sebuah kamus yang baik;
beberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya;

2. mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dalam kegiatan tertentu untuk mencari nafkah (memperoleh pendapatan):
ada antara mereka yang menjadi pengemis kerana malas ~;
sebahagian besar daripada siswazah itu sudah pun ~;

3. pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja seperti pejabat dan lain-lain dan menjalankan tugas dan tanggungjawab:
saya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pada hari Khamis;

mengerjakan
1. membuat (menjalankan) sesuatu kerja atau pekerjaan, membuat (melakukan) sesuatu:
taat sungguh ia ~ segala suruhan Tuhan;

2. = mengerjai [arkaik] mengusahakan:
kebanyakan petani di kawasan itu ~ tanah-tanah sewa;
~ (mengerjai) mayat
menyempurnakan mayat (seperti memandikan, mengafaninya dan lain-lain);

3. melaksanakan (tugas, rancangan, kewajiban, dan lain-lain), menjalankan, melakukan:
segala rancangan yang sudah teratur hendaklah dikerjakan segera;
~ haji (puasa, sembahyang, dan lain-lain)
naik haji (berpuasa, bersembahyang, dan lain-lain);

4. menyudahi, menyelesaikan, menghabisi:
kerjakan ini dahulu sebelum dibuat kerja lain;

5. menghabisi, membunuh:
musuh yang menyeludup habis dikerjakan, satu pun tak ada yang hidup;

6. mengadakan serta mengurus majlis perkahwinan dan lain-lain;

terkerjakan terbuat, terlaksanakan, dapat dijalankan (dilakukan):
susahnya terlalu sangat banyak kalau tiada ~ oleh paman;

memperkerjakan menyuruh atau menempatkan (seseorang) bekerja (di):
aku diperkerjakan selama beberapa bulan di dok perusahaan Bethleham Steel;

pekerjaan
1. sesuatu yang dikerjakan (dilakukan, dibuat), perbuatan:
~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki;

2. sesuatu yang dilakukan (harus dilakukan) sebagai tanggungjawab, kewajiban, tugas:
sempurnalah ~ yang dititahkan paduka ayahanda itu;
~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai;
~ Allah
kewajiban kepada Allah;

3. sesuatu (usaha, kegiatan, dan sebagainya) yang dilakukan berterusan (dari sehari ke sehari) untuk keperluan hidup, usaha atau kegiatan untuk mendapatkan wang, pencarian:
pada masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda;
mereka semua mahukan ~ yang memberikan pendapatan yang besar;
~ kolar putih
kerja seperti yang dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dan sebagainya, iaitu bukan kerja kasar yang memerlukan kekuatan tenaga);
~ tangan kerja membuat barang-barang dengan tangan (seperti menganyam dan lain-lain);

4. [arkaik] pergerakan atau perjalanan sesuatu:
beliau menerangkan ~ jentera itu kepada pelawat-pelawat;

5. majlis (istiadat) perkahwinan dan lain-lain:
banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya;
~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk;
~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik
(peribahasa) [Minangkabau] pekerjaan baik (seperti pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yang tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikirkan dengan lebih teliti);

sepekerjaan sama (sejenis) pekerjaannya, sekerja;

berpekerjaan mempunyai pekerjaan (pencarian);
tidak ~
a) tidak mempunyai pekerjaan:
banyak anak muda yang telah tamat persekolahan berkeliaran tidak ~;
b) tidak berkepentingan;

pengerjaan perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) mengerjakan atau membuat sesuatu, cara (proses) melakukan sesuatu, pengolahan;
~ minyak pengolahan minyak;
~ utama [Indonesia] perihal mengerjakan hitungan yang menjadi sendi atau asas segala hitungan (seperti menambah, mengurangi, membahagi, dan memperbanyak);

pekerja orang yang bekerja (lazimnya untuk mendapat bayaran atau memperoleh pendapatan), orang yang memegang sesuatu jawatan (dalam perkhidmatan awam atau swasta):
beberapa orang ~ telah diberhentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat itu;
badan ~
[Indonesia] jawatankuasa (panitia) yang terdiri daripada beberapa ahli (pertubuhan dan lain-lain) yang bertanggungjawab terhadap kerja sehari-hari;
~ bulanan (harian, mingguan) pekerja yang menerima bayaran tiap-tiap bulan (hari, minggu);
~ haram pekerja (biasanya rakyat negara asing) yang bekerja tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa yang berkenaan;
~ hukuman orang yang terpaksa bekerja kerana menjalani hukuman;
~ kabel orang yang kerjanya memasang atau membaiki kerosakan kabel;
~ lapangan orang yang membantu penyelidik, pakar dan sebagainya melakukan kerja lapangan;
~ lepas pekerja yang tidak tetap;
~ rencam pekerja yang membuat berbagai-bagai kerja kecil;

pengerja orang yang mengerjakan atau mengusahakan sesuatu:
orang kaya seperti tuan tanah benar-benar berpengaruh ke atas penyewa atau ~ tanah mereka.

berkongsi