kering I

1. tidak berair atau sudah tidak berair lagi (berkenaan (dengan) saluran air, parit, dan lain-lain):
saluran air yang membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang;

2. tidak basah (lagi) atau lembap (lagi):
digosoknya dengan sehelai kain yang ~ hingga berkilat;
sudah pun ~ kain yang dijemur itu;
ikan ~
ikan yang telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dan lain-lain);
kuih ~ sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dengan air gula);

3. tidak mendapat hujan yang agak mencukupi (berkenaan (dengan) daerah, kawasan, dan sebagainya), tidak turun hujan untuk jangka waktu yang berpanjangan (berkenaan (dengan) musim), kemarau:
kawasan ~;
musim ~;

4. sudah tidak datang haid lagi;

5. tidak berwang (lagi), habis (wang dan lain-lain):
saya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini;

6. habis, putus:
sejarah tidak ~ dengan peristiwa;
~-~ air
tidak kering sama sekali, lembap;
~ darah(nya) tersirap darahnya (sangat terkejut);
~ embun pagi hari kira-kira pukul 8-9 pagi;
tak ~ gusi tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dan lain-lain);
~-kelontang (-kerontang, -kontang) kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (berkenaan (dengan) tempayan, perigi, dan lain-lain);
~ kersang kering tidak subur (berkenaan (dengan) tanah);
~ ringkai kering sekali (berkenaan (dengan) sesuatu yang dijemur);

mengering menjadi kering;

mengeringi membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering;

mengeringkan menjadikan kering, mengusahakan (dengan menjemur dan lain-lain) supaya kering:
mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya;
ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar;
~ darah
menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejuntukan);

kekeringan
1. perihal (keadaan, sifat) kering;

2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi:
semua parit ~ dalam musim kemarau itu;
tekak masing-masing ~ kerana kehausan;

3. tidak lagi di laut dan lain-lain (berkenaan (dengan) perahu), terletak di darat (berkenaan (dengan) perahu);

4. kehabisan wang;

pengeringan perihal (perbuatan dan sebagainya) mengeringi atau mengeringkan:
~ tanah sawah;

pengering alat untuk mengeringkan (udara dan lain-lain):
~ rambut alat untuk mengeringkan rambut yang basah (selepas mandi dan sebagainya);
balang ~ balang untuk mengeringkan bahan kimia.

berkongsi