1. kenderaan yang memakai roda (ditarik oleh binatang atau digerakkan oleh enjin);
2. gerabak (kereta api);
3. gelendong benang jahit;
~ angin ark basikal;
~ asap kereta api;
~ baja (waja) = ~ perisai sejenis kereta tentera yang berlapis besi baja;
~ bomba kereta yang digunakan oleh pasukan bomba (untuk memadamkan kebakaran);
~ jenazah = ~ mati kereta untuk membawa mayat;
~ kabel kenderaan yang bergerak di atas landasan kabel atau di sepanjang kabel atas;
~ kebal
a) [Indonesia] kereta baja;
b) kereta berlapis besi dan berodakan rantai yang tidak dapat ditembusi peluru (digunakan dalam peperangan), teng;
~ kerbau (lembu) kereta yang ditarik oleh kerbau (lembu);
~ lereng ark basikal;
~ lumba kereta (motokar) yang digunakan dalam perlumbaan kereta;
~ makan gerabak kereta api tempat penumpang makan;
~ pakai kereta (motokar) yang dipakai oleh pemiliknya sendiri (tidak untuk disewakan kepada orang lain atau untuk membawa penumpang-penumpang yang membayar tambang);
~ pelangking kereta yang berbentuk seperti tandu (usungan);
~ penumpang
a) gerabak kereta api tempat penumpang duduk dalam perjalanan;
b) kereta (motokar) untuk membawa penumpang (bukan barang);
~ perisai = ~ baja;
~ radio kereta peronda polis yang mempunyai sistem radio;
~ peronda kereta yang digunakan oleh polis untuk meronda dan lain-lain;
~ sakit kereta untuk membawa orang sakit, ambulans;
~ sewa = ~ tambangan kereta untuk membawa penumpang-penumpang yang membayar tambang;
~ sorong (tolak, tarik) kereta yang digerakkan dengan menyorong (menolak, menarik);
~ sport sejenis kereta yang berbadan rendah, yang direka bentuk untuk dipandu laju, biasanya berbumbung yang boleh dibuka dan ditutup, dan mempunyai tempat duduk untuk dua orang sahaja;
~ tidur gerabak kereta api tempat tidur;
~ vintaj kereta lama yang masih diminati kerana sesuatu ciri keistimewaannya, biasanya dibuat antara tahun 1917 hingga 1930;
berkereta mempunyai atau mengenderai (menaiki, memakai) kereta:
kebanyakan mereka tidak ~ sungguhpun banyak yang bergaji besar;
dia tu ke mana-mana sahaja ~.