kera I

1. sejenis monyet (biasanya berekor panjang), Macacus cynomolgus;

2. (digunakan ketika menyatakan nama) berbagai-bagai jenis monyet:
~ jambul dan lain-lain;
genggam (cengkam) ~ genggam (cengkam) yang sangat kuat;
sekangkang ~ sangat sempit, tidak luas;
~ dapat (diberi) bunga = bagai ~ diberi kaca (peribahasa) mendapat (diberi) sesuatu yang tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya;
~ lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan (peribahasa) orang besar-besar yang bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dengan irinya;
~ menegurkan tahinya (peribahasa) orang yang melakukan sesuatu kesalahan itulah yang pertama sekali memperkatakannya;
~ menjadi monyet (peribahasa) serupa sahaja (tiada bezanya);
bagai ~ dapat canggung (peribahasa) perihal orang yang telah ditolong mendampingkan dirinya kepada orang yang menolongnya;
memberi barang kepada tangan ~ (peribahasa) mempertanggungjawabkan sesuatu pekerjaan kepada orang yang tidak dapat mengerjakannya (mempercayai orang yang tidak patut dipercayai);
(seperti) ~ kena belacan (peribahasa) sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlari-lari, terloncat-loncat, dan lain-lain);
(seperti) ~ sumbang (peribahasa) orang yang takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai.

berkongsi