kepayang

sejenis tumbuhan (pokok) yang bijinya memabukkan, buah keluak, Pangium edule;
mabuk ~

a) mabuk kerana makan kepayang;
b) [kiasan] hilang ingatan atau lupa akan dirinya (kerana jatuh cinta dan lain-lain);
~ air
a) sejenis tumbuhan (pokok), Crataeva lophosperma (membranifolia);
b) sejenis tumbuhan (pokok), kelat tanduk, medang ketukuk, meroyan, Ixora fluminalis;
c) sejenis tumbuhan (pokok renek), jarum merah, mata pelanduk, sepati, Ixora arguta;
d) sejenis tumbuhan (pokok), jambu batu paya, sempedu burung, Gardenia carinata; e) sejenis tumbuhan (pokok renek), jambu air, jenjarum, Gardenia tentaculata;
~ hantu
sejenis tumbuhan (pokok), kelembai, kemantu hitam;
~ ipil sejenis tumbuhan (pokok), kepayang air, sempedu burung;
akar ~
a) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kelempayang, Hodgsonia capniocarpa;
b) sejenis tumbuhan (pokok menjalar), akar lokan, kayu keleka singga, sentuh, Trichosanthes tricuspidata;
umpama buah ~, dimakan mabuk dibuang sayang
(peribahasa) sesuatu yang disayangi tetapi merosakkan.

berkongsi