1. bahagian tubuh (manusia atau binatang) daripada leher ke atas atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga, dan lain-lain), hulu;
sakit ~ sakit pada kepala (menyebabkan kepala berasa pening);
2. bahagian sesuatu yang di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali:
~ paku (skru, jarum peniti, dan lain-lain);
~ perarakan;
~ surat;
3. ketua (pejabat, perkumpulan, pertubuhan, dan lain-lain), pemimpin (negara dan lain-lain), penghulu (kampung dan lain-lain):
lagaknya macam seorang ~ samseng yang ganas;
banyak ~ negara yang dijangka akan datang memberi penghormatan kepada Churchill;
4. otak, akal, fikiran:
nasihat itu tidak masuk di ~ budak itu;
5. orang (digunakan dalam perhitungan atau perkiraan):
fitrah bagi tahun ini telah ditetapkan seringgit tiap-tiap satu ~;
~ air permulaan atau penghabisan air bah, lidah air;
~ angin
a) angin yang mendahului angin ribut;
b) (orang yang) mudah berubah perangainya (ada kalanya baik dan ada kalanya meradang);
c) [bahasa percakapan] tidak berfikiran (berakal), bodoh;
~ arwah hidangan istimewa (utama) dalam kenduri arwah;
~ bahagian ketua bahagian pejabat dan lain-lain;
~ bahu
bahagian bahu yang menonjol dan bertemu dengan pangkal tangan;
~ batu keras hati (tidak mahu menurut kata, nasihat atau tunjuk ajar orang);
~ berat = berat ~ tidak tajam akalnya, tidak lekas memahami sesuatu;
~ berita kata-kata terpenting sebagai tajuk berita (yang secara ringkas membayangkan kandungan atau butiran berita);
~ busung [Indonesia] kepala membesar kerana rongga-rongga otak dimasuki benda cair;
~ daerah (desa, kampung, kuria, marga) orang (pegawai) yang mengetuai daerah (desa, kampung, kuria, marga);
~ dingin = dingin ~ penyabar (tenang, tidak lekas marah);
~ dua (orang yang) menyebelahi dua atau beberapa pihak (tidak menyokong atau setia kepada satu pihak sahaja);
~ gigi bahagian gigi sebelah atas (yang tidak tertanam di dalam daging);
~ kain (sarung) bahagian kain (sarung) yang coraknya berlainan daripada bahagian terbesar kain itu;
~ karangan tajuk karangan;
~ keluarga orang yang mengetuai sesuatu keluarga;
~ kereta api bahagian hadapan kereta api yang menarik gerabak-gerabaknya, lokomotif;
~ kodi
a) = ~ perkodian kain (sarung) sebagai contoh (diletakkan di atas susunan kain);
b) ketua kumpulan orang jahat atau budak nakal;
~ kongsi ketua gerombolan jahat;
~ lakon pelakon terpenting dalam sesuatu lakonan atau cerita;
~ mayat [Kelantan] bahagian harta pusaka yang diterima oleh balu si mati;
~ negara ketua negara (seperti raja atau presiden);
~ negeri
a) [arkaik] ibu negeri, ibu kota;
b) ketua negara (seperti presiden dan lain-lain);
~ paip bahagian paip air tempat air memancur keluar (boleh dibuka dan ditutup);
~ payung puncak payung (bahagian payung yang di atas sekali);
~ pasukan (perang) pemimpin pasukan (perang);
~ pengat [Terengganu] ketua sesuatu kumpulan (samseng, penjahat, dan lain-lain);
~ pintu bahagian betul-betul di sebelah atas pintu;
~ pulau bahagian pulau yang tertinggi;
~ raja ark setem (tanda penjelasan bayaran pos dan lain-lain);
~ regu pemimpin (ketua) regu;
~ ribut
a) angin yang mula-mula bertiup (sebelum berlakunya ribut yang sebenar);
b) [Kelantan] orang yang menimbulkan (memulakan) kekacauan;
~ santan santan (kelapa) yang pekat (diperoleh daripada perahan yang terawal);
~ sekolah guru besar (ketua guru-guru);
~ stasiun [Indonesia] ketua stesen;
~ surat pendahuluan atau permulaan surat;
~ susu bahagian air susu yang kental (pekat);
~ tahun awal tahun;
~ tangga pangkal ibu tangga;
~ tiang bahagian atas tiang;
~ tingkap bahagian dinding betul-betul di sebelah atas tingkap;
~ tongkat hulu tongkat;
~ udang ki sangat bodoh;
~ sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain (peribahasa) manusia berlain-lainan pendapat;
diberi (di) bahu hendak (ke) ~ (peribahasa) dituruntukan sekali sahaja kemahuannya, ia terus meminta lagi (berkenaan (dengan) seseorang yang dimanjakan);
sakit ~ panjang rambut, patah selera banyak makan (peribahasa) pada lahirnya tidak suka tetapi sebenarnya suka sekali;
silap mata pecah ~ (peribahasa) jika tidak hati-hati tentu akan mendapat bencana;
tidak tentu ~ ekor (peribahasa)
a) tidak tentu hujung pangkalnya;
b) sangat gemuk atau tambun;
berkepala mempunyai atau memakai kepala (dalam berbagai-bagai erti):
maka dilihat Seri Rama seorang raksasa itu tiada ~ dan tiada bertangan;
cerita tiada ~ cerita tidak berjudul (bertajuk);
pasukan tidak ~ pasukan tidak berketua;
~ batu keras hati, sangat degil;
mengepala berlaku atau memainkan peranan sebagai kepala (pemimpin dan lain-lain);
mengepalai menjadi kepala (penghulu, ketua, pemimpin, dan lain-lain) kepada, memimpin, mengetuai:
lembaga yang baru ditubuhkan itu dikepalai oleh seorang ahli Parlimen;
mengepalakan
1. mengangkat menjadi kepala (pemimpin dan lain-lain), menjadikan kepala (ketua dan sebagainya);
2. [sastera lama] mengenderai (menunggang) serta mengendalikan (gajah dan lain-lain), menaiki dan memandu (kereta dan lain-lain):
maka Raja Kasim naik gajah yang bernama Juara Demang, Seri Nara Diraja ~ gajah;
~ pedati;
3. menanduk (bola):
senaman yang memberikan kecekapan dalam menangkap, membuang, menendang dan ~ bola;
pengepala orang yang mengepalai.