kenyang

1. hilang sama sekali rasa lapar (kerana sudah makan dengan cukupnya), sudah banyak (puas) makan, sudah berisi makanan dengan cukupnya (berkenaan (dengan) perut):
peruntuku ~, aku sudah makan;

2. sudah penuh (berisi atau menyerap sesuatu):
tanah itu harus disiram dengan air hingga ~;

3. [kiasan] selalu (banyak) mendapat atau mengalami sesuatu, puas (kerana banyak mendapat sesuatu):
~lah Jazuli semalam itu oleh bermacam-macam sanjungan;
dia sudah ~ dengan cercaan demikian;
orang yang ~, kalau dijamu dengan lauk yang sedap sekalipun, berkata tawar juga
(peribahasa) orang yang tidak berkehendakkan pemberian kita tidak akan menghargainya sekalipun ia indah;

mengenyangkan menjadikan kenyang (hilang rasa lapar), memberi makan atau mengisi sampai kenyang:
dengan budi bahasa, tidak akan dapat ~ perut yang lapar;
sepinggan nasi sudah cukup untuk ~ aku;

kekenyangan
1. perihal kenyang (tidak berasa lapar), kepuasan;

2. terlalu kenyang (kerana makan terlalu banyak):
maka anak gergasi itu pun mati oleh tersangat ~.

berkongsi