kenang

timbul kembali dalam fikiran dengan rindu dan lain-lain (sesuatu yang telah lama berlaku atau hilang daripada pandangan):
kalau tidak ~ sekali, ~ sedikit ada jua;

mengenang mengingat (akan), memikir (akan):
ia tersentak daripada ~ untung dan suratan dirinya;
~ budi
mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

mengenangkan 1. = mengenangi menimbulkan kembali dalam fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dengan perasaan tertentu seperti kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dan lain-lain):
belas hatinya ~ hal si Tirim yang malang itu;
fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu;

2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan:
pertemuan dengan anaknya ~ dia akan masa yang lampau;

terkenang ~ akan = ~ kepada = terkenangkan teringat akan (seseorang atau sesuatu) seperti dalam keadaan sedang mengelamun, terbayangkan serta terfikirkan:
kemudian dia terkenangkan malam indah yang dikecapi bersama-sama Iskandar di tepi pantai yang tenang;
ia ~ kepada ayah dan ibunya yang telah meninggal;

terkenang-kenang selalu terkenang (teringat) akan seseorang atau sesuatu;

kenangan
1. apa yang dikenangkan atau yang timbul (terbayang) dalam ingatan:
tiba-tiba ~nya bertukar kepada ibu bapanya di kampung;
~ si Tenggang melayang ke masa kecilnya;

2. hal (daya atau kemampuan) mengenangkan atau mengingati sesuatu;
sudah luput daripada ~ sudah tidak dikenang atau diingati lagi;

kenang-kenangan
1. segala sesuatu yang dikenangkan (dapat dibayangkan kembali dalam fikiran), sesuatu yang (tetap) ada dalam fikiran atau ingatan:
segala-galanya tinggal sebagai ~ sahaja;

2. (menjadi) sesuatu yang dapat mengingatkan (seseorang) tentang sesuatu yang lain (misalnya peristiwa, persahabatan, dan lain-lain):
hadiah untuk ~;
bergambar untuk ~.

berkongsi