kenal

= ~ akan (kepada)

1. dapat mengingat kembali, tahu (kerana sudah pernah berjumpa, mendengar, melihat dan sebagainya sebelumnya), cam:
ia tidak ~ akan suara Daim kerana belum pernah bercakap-cakap dengannya;
~ kasihan (malu, susah)
tidak tahu kasihan (malu, susah);

2. tahu sedikit sebanyak tentang diri seseorang (sehingga boleh berhubung dengannya sebagai sahabat), pernah berjumpa dan bercakap-cakap dengan seseorang sehingga boleh bersahabat dengannya:
saya sudah ~ dia semenjak kecil lagi;
barangkali kakak belum ~ saya ini siapa;
~ huruf
tahu atau boleh membaca (walaupun pada peringkat rendah);
belajar ~ [bahasa percakapan] mulai mengetahui;
~-~ Cina (peribahasa) baru kenal (belum mesra lagi);

berkenal = ~ dengan bersahabat (dengan), bergaul dengan):
ingin benar ia hendak ~ dengan semua jirannya;

berkenalan bergaul atau berhubungan (dengan seseorang atau antara satu sama lain) sebagai sahabat:
lama sudah kami ~;
tiada ~
[sastera lama] tidak dapat ditentukan (dicamkan, diketahui) yang seorang daripada yang lain:
maka segala orang yang berperang itu pun menjadi campur baurlah tiada ~ lagi;

berkenal-kenalan, kenal-mengenal kenal antara satu sama lain, saling mengetahui (bersahabat, bergaul):
maka sebab itulah menjadi ~lah bapaku dengan segala raja-raja negeri yang tersebut itu;
kalau sekampung sudah tidak kenal-mengenal, tidak ada ertinya tinggal sekampung;

mengenal
1. dapat mengetahui atau mengecamkan rupa seseorang atau sesuatu yang sudah diketahui sebelumnya, mengecam:
semasa ia menyamarkan diri itu, tidak seorang pun yang ~nya;

2. kenal atau tahu akan, berhubungan (bergaul, bercakap-cakap) sebagai sahabat dengan, berkenalan dengan:
sahabatnya itu bukan baru sehari dua dikenalnya;
tak ~ belas kasihan
tidak mempunyai rasa belas kasihan;

mengenali 1. kenal akan, mengenal:
dia yang baru sahaja ~ pemuda itu telah sanggup menurut kata-katanya;

2. mengetahui (rupanya, sifatnya, tanda-tandanya, dan lain-lain):
aku akan mendapat kesempatan ~ sistem pendidikan di negeri-negeri yang akan kulawati;
beliau dikenali sebagai seorang yang dermawan;

mengenalkan membuat seseorang kenal akan:
hanya dengan ~ penduduk-penduduk luar bandar kepada perusahaan besar-besaran, barulah rakyat akan sedar;

memperkenalkan
1. menyatakan atau memberitahukan nama seseorang (dan mungkin juga sedikit sebanyak keterangan tentang dirinya) kepada orang lain:
pengerusi majlis ~ jemputan khas kepada para hadirin;
sahabat-sahabatnya seorang demi seorang diperkenalkannya kepada aku;

2. mengusahakan (melakukan) supaya sesuatu itu diketahui orang, memberitahukan (dengan menerangkan dan sebagainya):
Nabi menjalankan usahanya ~ agama Islam kepada orang-orang Madinah;
~ kaedah-kaedah mengajar sesuatu bahasa dengan menggunakan berbagai-bagai kemudahan;

terkenal diketahui ramai atau di merata tempat, termasyhur, ternama:
Hang Tuah, seorang pendekar Melayu yang ~ kerana kegagahan dan kepintarannya;
Malaysia ~ dengan getah dan bijih timahnya;

kenalan orang yang sudah dikenali, sahabat:
Yusuf banyak ~nya di kota Betawi;
surat ~
= surat perkenalan surat untuk memperkenalkan diri seseorang;

kekenalan dikenal, diketahui, ketahuan;

perkenalan
1. perihal (perbuatan dan lain-lain) memperkenalkan (seseorang kepada seseorang yang lain):
orang itu mengangguk-angguk tanda bersedia menerima ~ itu;
surat ~
surat kenalan;

2. perihal berkenalan, perhubungan (pergaulan dan sebagainya) sebagai sahabat:
~ kami memang sudah lama;
semenjak ~ kami malam itu, tidak pernah aku berjumpa lagi dengannya;

pengenalan
1. perihal mengenalkan;
kad ~ kad yang mengandungi butir-butir tertentu diri seseorang (seperti nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal, dan lain-lain) untuk makluman orang atau pihak yang berkaitan;

2. perihal (perbuatan dan lain-lain) mengenal atau mengenali:
botol-botol ubat itu dibubuh label untuk ~;

pengenal
1. ciri (tanda-tanda, sifat-sifat) untuk mengetahui:
tanda ~ pokok ini ialah daun kecil yang menyelimuti kuntum bunganya itu;
ilmu ~ penyakit
[Indonesia] ilmu tentang menentukan jenis sesuatu penyakit berdasarkan gejala-gejala (tanda-tanda) yang terdapat mengenainya;
zat ~ [Indonesia] pergabungan (persenyawaan) benda atau zat untuk mengetahui sifat-sifat pergabungan kimia benda atau zat yang lain;

2. [Minangkabau] ingatan.

berkongsi