kena I

1. bersentuh(an) dengan, berlanggar(an) dengan, lekat pada, terhantuk (terpukul dan sebagainya) pada:
lututnya luka kerana ~ serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi;
tikamannya itu ~ pada bahu lawannya;
pemandu kereta itu cuba mengelakkan budak itu tetapi keretanya ~ tiang elektrik;

2. tepat pada sasarannya (berkenaan (dengan) lontaran, tembakan, dan sebagainya), tidak menyimpang daripada sasarannya:
dilemparkannya sebiji batu ~ kepala anjing itu;
tembakannya tidak ~ dan musuh itu lepas lari;

3. ditimpa (sesuatu), mendapat (beroleh, diberi, menderita) sesuatu;
~ apa = apa ~
a) ditimpa apa;
b) apa sebab, mengapa;
~ buat kena sihir (orang);
~ hujan ditimpa hujan;
~ penyakit demam kepialu mendapat (menderita) penyakit demam kepialu;
~ upah beroleh atau diberi upah (untuk melakukan sesuatu);

4. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan (dan sama maksudnya dengan awalan ter atau di pada kata kerja);
~ marah dimarahi;
~ pukul dipukul;
~ tangan ditangani (dipukul dengan tangan);
~ tipu tertipu, ditipu;

5. tidak bebas (terlepas, terkecuali) daripada, dibebankan (diwajibkan) mematuhi peraturan (menanggung bayaran dan lain-lain):
semua jenis minuman keras ~ cukai baru itu;

6. berpadanan atau berpatutan (berkenaan (dengan) harga, tawaran, dan lain-lain), cocok atau sesuai (dengan yang dikehendaki, yang sepatutnya, dan sebagainya), sesuai atau tepat sekali(dengan sesuatu, seseorang):
kalau ~ harganya saya jual juga rumah ini;
barang apa yang tidak ~ pada hatinya disuruhnya ubah atau gantikan;
pakaian yang indah itu ~ pula dengan orang yang memakainya;
~ gayanya
= ~ (dengan) jalannya cocok atau sesuai caranya;
~ pada tempatnya berpadanan, sesuai benar, tepat sekali;

7. terpaksa (membuat dan lain-lain sesuatu):
oleh sebab ibunya sakit, ~lah dia seorang diri mengurus rumah tangga;
ia merungut kerana tiap-tiap hari ~ bangun pagi-pagi;
~ andeka
ditimpa daulat (mendapat bencana kerana menderhaka kepada raja, pemerintah, dan lain-lain);
~ ekor mendapat wang sebagai hasil daripada cabutan nombor-nombor akhiran loteri (berasaskan keputusan lumba kuda);
~ emas menerima rasuah (wang suap);
~ hati
a) jatuh cinta (pada);
b) kesal, menyesal;
~ loteri mendapat hadiah kerana nombor tiket yang dibeli sama dengan nombor cabutan loteri;
~ miang
a) lekat miang (buluh dan lain-lain) pada bahagian tubuh;
b) = ~ tempias ki mendapat bencana akibat perbuatan (kelakuan) buruk orang lain;
~ setan dirasuk setan;
~ tali kena tipu (ditipu);
~ batang hidung sendiri (peribahasa) menimpa diri sendiri (bencana, keaiban, kesusahan, dan lain-lain);
~-~ seperti santan bergula, tak ~-~ bagai antan pukul kepala (peribahasa) sesuatu perbuatan (perkataan) itu jika bersalahan tafsirannya, jadi melarat, jika benar mendatangkan kebajikan;
kalau ~ tampar, biar dengan tangan yang bercincin, kalau kena tendang, biar dengan kaki yang berkasut (peribahasa) kalau berbantah janganlah dengan orang yang jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah mendapat malu yang berpanjangan;

berkena ada hubungan kerabat (kekeluargaan) dengan:
dia tu ~ dengan ayah saudara saya;

berkenaan
1. berhubungan, berkaitan, bersangkutan, tentang (hal):
wakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yang jelas lagi munasabah ~ dengan dasar tersebut;
beliau akan bercakap ~ dengan kemajuan ekonomi negeri ini;
pihak yang ~
pihak yang berkaitan (bersangkutan);

2. cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju:
apabila perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian;

3. = berkena-kenaan saling berkenaan;

mengena
1. tepat kena pada sasaran, matlamat, yang dituju, dan lain-lain:
tembakannya ~ dan harimau itu rebah tersungkur;

2. memperoleh tangkapan (berkenaan (dengan) jerat, perangkap, umpan), mendapat (hasil tangkapan dan sebagainya): 3. mendatangkan hasil atau kesan yang dikehendaki atau diharapkan (berkenaan (dengan) muslihat atau tipu daya):
perangkapku pun ~ juga seekor kancil besar;
kerana ia tahu umpannya sekarang ~, ia mencari muslihat lain lagi untuk langkah selanjutnya;

kena-mengena
1. ada sangkut pautnya (hubungannya, kaitannya, dan lain-lain):
apa ~nya perkara ini dengan ayahnya?;
orang yang diawasi itu sebenarnya ada ~ dengan penipuan yang berlaku itu;

2. ada hubungan kekeluargaan (persaudaraan), berkerabat:
ia ~ dengan saya kerana ia berkahwin dengan sepupu saya;

mengenai
1. kena pada (matlamat, sasaran, dan lain-lain):
maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yang putus lehernya;
diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia;

2. menyentuh, bergesel dengan (sesuatu):
hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu;

3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dengan, tentang:
dalam buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara;
mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut;

4. menimpa:
penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak daripada orang dewasa;

5. [Minangkabau], [bahasa percakapan] bersetubuh;

mengenakan
1. menyebabkan kena atau menghalakan supaya kena (pada sesuatu sasaran):
tembakan itu dikenakan pada kakinya;

2. melekatkan, memasangkan:
~ kancing baju;
~ kunci pintu;

3. menjadikan sebagai kewajiban (berkenaan (dengan) undang-undang, peraturan, dan sebagainya), mewajibkan, menjadikan tanggungan atau bebanan (berkenaan (dengan) bayaran, cukai, dan sebagainya), mempertanggungkan:
undang-undang darurat ini akan dikenakan pada setengah-setengah kawasan sahaja;
kesatuan akan ~ bayaran yang rendah kepada semua ahlinya yang ingin mengikuti kursus ini;

4.
a) memakaikan (baju, kasut, dan lain-lain) pada diri sendiri atau pada diri orang lain:
ia berdiri di hadapan cermin sambil ~ baju barunya;
tiada peraturan tertentu tentang cara ~ pewarna mata;

b) menyarungkan (cincin):
~ cincin pada jari tunangnya;

5. = mengena-ngenakan mempermainkan, memperdaya, menipu:
selalu sahaja dia hendak ~ kita dengan berbagai-bagai tipu helahnya;~ tangan kepada ki
a) menghukum dan lain-lain;
b) memukul dengan tangan, menangani;
~ baju di badan maka sesuai (peribahasa) menimbangkan baik buruk perbuatan orang lain berasaskan perasaan atau sifat diri sendiri;

terkena
1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dan lain-lain):
beberapa pakaian yang indah-indah ~ pada tubuh Ibrahim Kakan itu;

2. mendapat atau tertimpa sesuatu (seperti penyakit dan lain-lain):
tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah untuk melindungi mereka daripada ~ penyakit tersebut;

3. terpedaya, tertipu:
hati-hati sebelum ~;
berasa ~

a) berasa tertipu;
b) berasa tersinggung;
c) berasa kecewa, menyesal;

4. tersentuh (terlekat) pada:
setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pada stigma pokok yang berdekatan;

5. kena sampuk (diganggu makhluk halus):
dia ~ di pokok itu;

6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan:
sakitnya seperti rasa sakit ~ cubit;
~ beragih
[Minangkabau]
a) berasa menerima bahagian yang terkurang daripada yang sewajarnya (sepatutnya);
b) suram muram mukanya;
~ buat terkena jampi atau sihir;
~ pada ikan bersorak, ~ pada batang masam (peribahasa) ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah;
sekali jalan ~ , dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) (peribahasa) kali pertama tertipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu;

perkenakan menyuruh seseorang memperdaya (menipu) orang lain:
~ saja Mat Dali tu, biar dia bodoh macam kongkang;

pengenaan perihal mengenakan, perbuatan mengenai atau mengenakan:
~ cukai yang tinggi pada barang-barang tersebut dianggap tidak wajar;
~ pantang larang adalah untuk mengelakkan daripada memudaratkan lagi keadaan seseorang pesakit.

berkongsi