kemudian

1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dan lain-lain), belakangan:
orang-orang yang datang ~ tidak mendapat tempat duduk;
adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~;
~ daripada
selepas, sesudah;

2. belakang hari, (suatu) masa yang akan datang, kelak:
perompak-perompak itu akan diberkas juga ~;
fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~;
~ hari
belakang hari, kelak;
hari ~
a) = kelak ~ masa yang akan datang;
b) hari kiamat;

3. = ~ daripada itu selepas (sesudah) itu, pada suatu waktu yang lain (sesudah sesuatu kejadian dan lain-lain):
pasukan polis ~nya telah menemui kereta yang digunakan oleh perompak-perompak tersebut;

mengemudiankan
1. meletakkan (menaruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yang lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dan lain-lain) di belakang atau selepas sesuatu lain yang lebih penting dan sebagainya:
kerja-kerja yang penting didahulukan dan yang kurang penting dikemudiankan;

2. menangguhkan, menunda, mengundurkan:
~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu;

terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dan lain-lain), (lebih) kemudian;
Shahnon Ahmad muncul ~ daripada A. Samad Said;
~ sekali
terakhir, akhir sekali, belakang sekali:
siapa yang ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ daripada kemudian daripada, selepas, sesudah.

berkongsi