kembang I

1. mekar terbuka (kuntum bunga), menjadi terbuka atau terbentang (berkenaan (dengan) sesuatu yang kuncup atau terlipat seperti payung, layar, dan lain-lain):
bunga yang telah ~;

2. menjadi besar atau luas (naik atau muai dan sebagainya):
kepingan besi itu ~ setelah dipanaskan;
adunan kuih itu dibiarkan beberapa jam supaya ~;

3. menjadi luas (maju dan sebagainya);
~ hatinya besar hatinya, berasa sukacita, menjadi girang atau gembira hatinya;
~ hidung berasa bangga (kerana dipuji, dimuliakan, dan sebagainya);
~-kembut memancar-mancar dan mengedip-ngedip;
~ rabu girang, gembira;
~ tengkuk berasa berdiri bulu roma (seperti seseorang yang terlihat sesuatu yang menakuntukan atau mengerikan), seram bulu tengkuk (kerana ketakutan);

berkembang
1. kembang (terbuka atau terbentang):
payung ubur-ubur ~ dibawa dalam perarakan;

2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dan sebagainya), menjadi makin tersebar, meluas:
fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju;
agama Islam ~ dengan pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi;

berkembangan berkembang (mekar) merata-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dan sebagainya):
di halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yang ~ semerbak baunya;
maka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah;

mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dan sebagainya), kembang, berkembang:
atap pondok itu daripada daun lontar yang ~ lebar;
buruk dikembang pada orang banyak, elok dipilih sama seorang
(peribahasa) keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri;

mengembangkan
1. membentangkan (layar, payung, dan lain-lain), membuka (barang yang tertutup atau kuncup), memekarkan;
~ buku membuka buku;
~ mata membuka mata;
~ sayap
a) membentangkan atau melebarkan sayap (seperti burung yang hendak terbang);
b) [kiasan] meluaskan pengaruh (usaha dan lain-lain) ke daerah atau lapangan lain;

2. menjadikan besar (lebar, luas, dan lain-lain):
ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan;
~ hati
menyukakan (menggembirakan, menyenangkan) hati;

3. menjadikan berkembang (maju, tersebar, dan sebagainya), memajukan, meluaskan, menyebarkan:
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu;
~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganutnya dan sebagainya);
~ pengaruh meluaskan pengaruh;

memperkembangkan menjadikan makin berkembang, mengusahakan supaya berkembang dengan lebih luas (lebih pesat dan sebagainya):
bahasa Malaysia perlu dirancang dan dibina serta diperkembangkan dengan rapi;

terkembang terbuka menjadi lebar (berkenaan (dengan) payung dan lain-lain), terbentang (tidak kuncup, berlipat, dan sebagainya):
surat khabarnya ~ di hadapannya;
maka ~lah payung kerajaan iram-iram kekuningan;

kembangan keadaan kembang:
~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dengan pengembangan balang;

perkembangan perihal (proses dan sebagainya) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dan sebagainya), pertumbuhan, kemajuan:
~ bahasa dan kesusasteraan Melayu;
dengan ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yang dapat dikeluarkan;
~ politik;
~ ilmu pengetahuan;

pengembangan
1. perihal mengembang (menjadi lebih besar, panjang, terbentang, dan sebagainya):
~ dan penguncupan benda-benda yang dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pada pandangan mata kasar kita;
~ air (cecair, gas, pepejal, dan lain-lain)
perihal air (cecair, gas, pepejal, dan lain-lain) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan);

2. perihal (usaha, kegiatan, dan sebagainya) mengembangkan;
~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera;

pengembang orang yang mengembangkan (memperluas pengaruh dan sebagainya):
pengaruh daripada kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dengan Zaba sebagai ~nya;
~ agama
orang yang mengembangkan agama (dengan menyebarkan ajarannya dan menambah bilangan penganutnya).

berkongsi