kembali

1. pergi ke tempat asal (ke tempat seseorang itu berada sebelumnya), balik (ke rumah, pejabat, kedai, dan lain-lain), pulang:
aku pun ~ ke kedai;
orang-orang tahanan itu diberi kesempatan ~ melihat keluarga masing-masing;
~ ke negeri yang baqa (kekal) = ~ ke rahmatullah meninggal dunia;
~ asal balik asal (kembali semula kepada asalnya);

2. = wang ~ wang baki kerana bayaran yang berlebihan (yang harus dipulangkan kepada pembayar), wang kelebihan:
Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit;

3. semula (buat kali keduanya dan seterusnya), lagi, sekali lagi:
di pekan Yan, kami telah bertemu ~ dengan beberapa orang teman dari Sungai Petani;
kini aku berada ~ di kampung;

4. kata yang kerap digunakan bersaingan dengan kata kerja untuk menyatakan atau menunjukkan pengulangan sesuatu perbuatan (pemulihan sesuatu kepada kedudukan asalnya, pemulangan sesuatu ke tempat asalnya, dan lain-lain);
membayar ~ memberi balik hutang atau wang yang telah diterima (supaya tidak berhutang lagi);
meminta ~ sesuatu meminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yang telah diberikan atau dipinjamkan);
menarik ~ (usul, keputusan, dan lain-lain) menyatakan batal atau tidak akan diteruskan dan sebagainya (usul, keputusan, dan lain-lain);
menceritakan ~ mengulang cerita atau kisah yang telah didengar (dibaca dan lain-lain);
menyusun ~ mengulang menyusun lagi (menyusun semula);

sekembali sebaik-baik kembali atau pulang (dr), sejurus (tidak lama) selepas pulang dari (sesuatu tempat);

mengembalikan
1. mengirimkan (menghantarkan, memberikan, dan sebagainya) sesuatu kembali (kpada pengirimnya, ke tempat asalnya, dan sebagainya), memulangkan (sesuatu):
dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yang telah diambilnya itu;
semua buku yang dipinjam dahulu telah dikembalikan;
mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yang ditulis dalam bahasa Inggeris kepada pengirimnya;

2. menahan (menyekat dan lain-lain) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kembali;

3. mengundurkan (ke suatu waktu yang telah berlalu), menyuruntukan (kejadian yang telah berlaku);

4. menjadikan seperti sediakala atau seperti keadaan sebelumnya, mewujudkan kembali, memulihkan:
ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dengan sedaya upaya;
tidak ada laki-laki yang dapat ~ kepercayaanku yang telah musnah ini;
langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk ~ keamanan di daerah itu;

kembalian sesuatu barang dan lain-lain yang dikembalikan:
penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~;

berkongsi