= ~-kesah
1. kata-kata dan sebagainya yang melahirkan rasa sedih (kerana menderita sesuatu), rintihan;
2. = berkeluh-kesah melahirkan rasa sedih atau susah hati (dengan kata-kata rintihan atau suara merintih), mengeluarkan rasa hati (yang berkaitan dengan kesusahan atau penderitaan yang dialami);
3. = berkeluh-kesah tidak tenteram fikiran (kerana kesedihan, penderitaan, kebimbangan, dan sebagainya), gelisah:
maka Tuanku Malim Deman tiadalah matanya beradu, ~-kesah seorang dirinya;
keadaan kemarau yang berterusan itu membuat kaum petani di daerah itu berkeluh-kesah;
~-kesah sayu keluh-kesah yang menunjukkan kesedihan (dengan kata-kata yang sayu);
~(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran (peribahasa) [Minangkabau] kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan;
berkeluh = mengeluh;
mengeluh melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dan sebagainya), berkeluh-kesah, merintih:
kenaikan harga barang menyebabkan orang-orang kampung ~;
dia termenung panjang lalu ~;
mengeluhkan mengeluh tentang sesuatu perkara (keadaan dan sebagainya) yang mendukacitakan, merintihkan:
ia ~ kepincangan-kepincangan dalam masyarakatnya;
keluhan
1. kata-kata mengeluh, keluh-kesah, rintihan:
~ dan sungutan ini memang perkara biasa, tidak menghairankan lagi;
2. tarikan serta hembusan nafas yang panjang (sebagai menandakan kesedihan, kekesalan atau penderitaan):
yang terdengar hanya ~nya;
kekeluhan perihal mengeluh:
nada ~;
pengeluh
1. orang yang suka (kerap) mengeluh;
2. bersifat suka mengeluh.