keluar

1. bergerak (beralih dan lain-lain) dari sebelah dalam sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dan lain-lain) ke sebelah luarnya:
pegawai-pegawai itu belum lagi ~ dari bilik mesyuarat;

2. muncul, menampakkan diri (dari berkurung dan lain-lain):
sejak kematian isterinya, ia tidak pernah ~;

3. meninggalkan rumah untuk pergi ke sesuatu tempat atau untuk bersiar-siar:
dia ~ selepas makan tadi dan mungkin akan pulang sejam lagi;

4. timbul (muncul, mengalir, dan lain-lain) dari bawah permukaan (air, tanah, dan lain-lain) atau dari dalam daging (tubuh dan lain-lain):
cacing itu ~ perlahan-perlahan dari dalam tanah dan menguit-nguit;
serpih halus kaca yang terbenam di tapak kakinya dapat juga dicungkilnya ~;
cederanya parah dan darah ~ mencurah-curah;

5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dan sebagainya), diterbitkan untuk pengedaran (kpada orang ramai dan sebagainya):
bukunya yang terbaru akan ~ awal bulan depan;
laporan lanjut jawatankuasa tersebut akan ~ tidak lama lagi;

6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dan sebagainya):
kata-kata yang sayu itu ~ dengan suara yang putus-putus;

7. berhenti daripada menjadi anggota (persatuan dan sebagainya), berhenti daripada berkhidmat atau bersekutu (dengan sesebuah syarikat, jabatan, dan lain-lain), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dan lain-lain):
ia ~ dari syarikat itu untuk membuka perniagaan sendiri;
pengerusi kesatuan itu telah meletakkan jawatan dan terus ~ dari kesatuan;

8. [arkaik] muncul (sebagai pemenang dalam pertandingan);

9. [sastera lama] di luar;
~ batas menyeleweng atau menyimpang (daripada tajuk atau perkara yang diperbincangkan dan lain-lain);
~ hutan keluar dari hutan;

mengeluari keluar untuk mendapatkan (menentang) musuh:
setelah orang Portugis itu mendarat, maka dikeluari oleh barisan orang Melaka;

mengeluarkan
1. membawa atau menyebabkan keluar dari sebelah dalam sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dan lain-lain) ke sebelah luarnya:
~ alat perkakas dari dalam bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu;
dia ~ kotak rokok dari dalam saku baju;
~ sedikit darah dari tubuh pesakit;
~ air mata
menangis;

2. menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yang tertanam atau terbenam:
dicungkil-cungkilnya dengan hujung pisau untuk ~ duri itu dari ibu jarinya;
doktor akan berusaha untuk ~ peluru itu dari dadanya;

3. menyingkirkan, memisahkan (dari kumpulan dan lain-lain):
Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dari P.B.B.;
dia mesti dikeluarkan dari kampung ini;

4. memecat (ahli, pegawai, dan lain-lain), memberhentikan dari jawatan (kedudukan dan lain-lain):
pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang;

5. mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dan lain-lain):
~ arahan dan peraturan baru kepada kakitangan kerajaan;
kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu;

6. melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dan lain-lain), mengucapkan (kata-kata):
ia pun menaruh dendam dalam hatinya, tiada dikeluarkannya pada seorang jua pun;
ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yang menambahkan kerisauan hati anaknya;

7. membelanjakan:
mereka terpaksa ~ wang yang banyak untuk pelajaran anak-anak mereka;

8. mengadakan, menyediakan (wang dan lain-lain);
~ modal mengadakan modal;

9. menerbitkan (buku, majalah, dan lain-lain):
Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran untuk sekolah-sekolah;

10. menghasilkan (galian, barang-barang mentah, dan lain-lain):
Malaysia ialah negara yang paling banyak ~ bijih timah dan getah asli;
ladang pun belum pula ~ apa-apa yang boleh dijadikan wang;

11. [Indonesia] mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri;

terkeluar
1. (kelihatan atau terdapat) berada di sebelah luar sesuatu:
beg duitnya ~ sedikit dari saku belakang seluarnya;

2. dapat dikeluarkan (dicabut, dicungkil, dan sebagainya) daripada tempat sesuatu itu terbenam (tertanam dan sebagainya), tertanggal keluar dari lubang (celah dan sebagainya):
akhirnya setelah dicungkil-cungkilnya ~ juga butir tulang itu dari celah giginya;

3. tersingkir (daripada kumpulan, pertubuhan, dan sebagainya), terasing atau terpisah (daripada sesuatu golongan, aliran, dan sebagainya):
cara hidupnya yang sangat berlainan itu menyebabkan dia ~ daripada masyarakatnya sendiri;

4. tidak terlibat (terkait), tidak ada pertalian (dengan sesuatu), tidak kena-mengena dengan:
hakim mahkamah harus ~ daripada pertelingkahan politik;

5. disebut atau diucapkan (dengan tidak berapa disedari ataupun dengan tidak difikir-fikirkan terlebih dahulu), terlafaz, terhambur:
ketika ia marah itulah ~ kata-kata yang kurang manis didengar;

keluaran
1. yang dikeluarkan (dihasilkan):
beliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dalam negeri;

2. yang diterbitkan (berkenaan (dengan) buku, majalah, dan sebagainya):
majalah ~ bulan lepas;

3. yang telah lulus dari (maktab dan sebagainya), yang terdidik atau terlatih di, lepasan:
guru-guru ~ maktab latihan dan universiti;
orang ~

a) orang yang tidak ada sangkut paut, orang yang tidak termasuk dalam atau berkaitan dengan sesuatu (perkara, kumpulan, dan lain-lain), orang luar;
b) [sastera lama] orang yang di luar golongan (lingkungan) istana:
akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pada hati beta tiada patut ia bersuami orang ~;
~ negara
(Ekonomi) jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh unit ekonomi dalam sesebuah negara dalam satu tempoh tertentu, biasanya setahun;
~ negara bersih (Ekonomi) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pada kos faktor dalam satu tempoh tertentu setelah ditolak susut nilai;
~ negara kasar (Ekonomi) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pada harga pasaran dalam satu tempoh tertentu sebelum ditolak susut nilai;

pengeluaran perihal mengeluarkan, usaha (proses) menghasilkan, penghasilan:
ekonomi negeri kita bergantung pada ~ barangan utama seperti getah, minyak dan bijih timah;
~ barang-barang itu terganggu kerana pemogokan;

pengeluar
1. usahawan (syarikat, negara, dan sebagainya) yang mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu:
~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga;

2. yang mengeluarkan (menghasilkan):
negara-negara ~ kelapa yang penting ialah Filipina dan Indonesia.

berkongsi