1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara:
ia sekarang telah berjauhan dari kaum ~nya;
~ diraja sanak saudara raja yang memerintah;
~ sedarah sekalian orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka);
~ semenda sekalian orang yang bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan;
2. seisi rumah tangga (yang terdiri daripada suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili:
ada beberapa ~ sahaja dalam kampung itu yang hidup mewah;
ia berasal daripada ~ yang kaya;
kepala ~ orang yang menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga;
3. saudara;
~ angkat saudara angkat;
4. kelas hidup-hidupan, famili:
~ merpati;
~ reptilia;
berkeluarga
1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara:
rumah itu tempat penginapan segala dagang yang gharib yang tiada ~;
2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili:
tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga;
kekeluargaan yang berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagai anggota di dalam sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan):
itu urusan dan masalah ~ semata-mata;
hubungan ~ hubungan atau pertalian antara seorang dengan seorang yang lain sebagai anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dan sebagainya);
perkeluargaan persaudaraan, perhubungan (pertalian, yang bersangkutan dengan) keluarga.