kelip I

= kelipan;

sekelip ~ mata sekejap mata (sekedip mata), sesaat:
dengan ~ mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang;

berkelip, terkelip tertutup sesaat sebelum terbuka semula (berkenaan (dengan) mata), berkedip, terkedip;
tidak ~ tidak tertutup (mata) seketika pun (seperti mata orang yang sedang merenung sesuatu);

berkelip-kelip, terkelip-kelip kejam (pejam) celik dengan pantas (berkenaan (dengan) mata), seketika terang seketika padam (berkenaan (dengan) lampu), berkedip-kedip, terkedip-kedip (berkenaan (dengan) mata, lampu, dan lain-lain), gemerlapan (bintang dan lain-lain):
matanya terkelip-kelip seperti orang kesilauan;

berkelipan berkilauan, gemerlapan:
bintang-bintang nampak ~ diangkasa;

mengelipkan;
~ mata mengejamkan mata sesaat sahaja (dan membukanya kembali), mengedipkan mata, mengejapkan mata;

kelipan perihal berkelip, gerakan (mata) berkelip, kejapan (mata dan lain-lain):
bertemulah dua pasang mata tanpa ~, membayangkan isi hati;

= kerlip I.

berkongsi