kelas I

1. bilik (tempat) belajar, bilik darjah:
murid-murid masuk ke ~ beramai-ramai;

2. perkumpulan untuk mempelajari sesuatu;
~ lukisan (tarian, jahit-menjahit, masakan, dan lain-lain) perkumpulan yang bertujuan mempelajari seni lukis (seni tari, jahit-menjahit, cara-cara memasak, dan lain-lain);
~ persediaan kelas tempat penuntut-penuntut diberi latihan khas sebelum mengikuti pelajaran yang khusus atau mendalam;

3. peringkat, tingkatan (pelajaran yang diikuti):
pelajar-pelajar ~ rendah;

4. golongan atau kumpulan (dalam masyarakat) yang berbeza antara satu sama lain atas ciri-ciri tertentu (seperti taraf hidup, kedudukan sosial berdasarkan asal keturunan dan lain-lain):
beliau meramalkan berlakunya pertentangan ~ atau golongan-golongan dalam masyarakat;

5. golongan, kumpulan (berdasarkan persamaan pelbagai sifat yang tertentu):
manusia termasuk dalam ~ binatang mamalia;

6. bahagian, kategori, kumpulan (berdasarkan tingkatannya yang tertentu):
pemborong-pemborong ~ E;
~ atasan
golongan orang yang menduduki taraf sosial yang paling tinggi, misalnya kaum bangsawan;
~ bawahan golongan orang yang menduduki taraf sosial yang paling rendah, misalnya buruh, petani dan sebagainya;
~ dewasa perkumpulan yang terdiri daripada orang-orang dewasa untuk belajar membaca dan menulis;
~ ekonomi kelas dalam pengangkutan awam, misalnya kapal terbang dan kereta api, yang kadar tambangnya paling murah;
~ kambing [bahasa percakapan] tingkatan (taraf) yang paling rendah, kelas (bahagian) yang paling murah bayaran yang dikenakan kepada penonton (di panggung wayang dan lain-lain);
~ kata (Linguistik) golongan kata;
~ menengah golongan masyarakat antara kelas bawahan dan kelas atasan, termasuklah ahli perniagaan dan profesional seperti peguam, akauntan, doktor dan sebagainya;
~ pertengahan kelas menengah;

berkelas termasuk dalam kelas (golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu):
memang terdapat jurang sosial yang agak ketara antara mereka yang ~ rendah dengan yang ~ menengah;

berkelas-kelas berasing-asing dalam kedudukan (ada yang tinggi dan ada yang rendah tarafnya), berpangkat-pangkat, bertingkat-tingkat:
yang menarik hatinya ialah masyarakat di situ masih ~;

mengelaskan membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kepada berbagai-bagai golongan (kumpulan, tingkatan, dan lain-lain), menentukan kelas sesuatu:
ahli-ahli kimia ~ bahan-bahan kimia mengikut suatu sistem tertentu;

pengelasan perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dan lain-lain);
~ tanah (tumbuhan) pengasingan tanah (tumbuhan) kepada jenis (kumpulan) tertentu.

berkongsi