1. tidak berapa terang (berkenaan (dengan) cahaya, keadaan hari, dan lain-lain), (agak) gelap, suram:
hari sudah mulai ~;
ia berada dalam cahaya lampuyang ~;
2. tidak berapa terang atau jelas kelihatan (berkenaan (dengan) tulisan, benda, dan lain-lain), kabur;
3. kurang nampak (mata), tidak dapat melihat dengan terang, kabur:
surat itu susah hendak dibacanya kerana matanya ~; ~ baja petang hari (kira-kira pukul empat);
~ lebam (pekat, keciak, kelimut) [arkaik] sangat gelap, gelap-gelita;
~ disigi, lekung ditinjau (peribahasa) sesuatu yang kurang jelas hendaklah diselidiki dengan saksama;
mengelamkan
1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan;
2. menjadikan (agak) gelap, menyuramkan, menggelapkan;
kekelaman perihal kelam, kegelapan:
dalam ~ gerhana itu, Dewi melarikan diri;
pengelaman perihal atau perbuatan mengelamkan, penggelapan.