kejut

kaku (anggota, urat) disebabkan terperanjat atau ketakutan;

berkejut ~ telinga menegakkan telinga (seperti kuda ketakutan);

berkejutan berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat;

mengejut tidak semena-mena datangnya (berlakunya), dengan tiba-tiba (sekonyong-konyong), dengan tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak:
beliau meletakkan jawatannya secara ~;
lawatan ~
lawatan yang tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu;

mengejut-ngejut
1. tersentak-sentak, bergoncang-goncang (tubuh):
badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis;

2. pendek-pendek keras dan putus-putus (berkenaan (dengan) bunyi binatang, tangisan, dan lain-lain):
sekali-sekala sedannya ~;
sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang;

mengejuntukan
1. = mengejuti menyedarkan dari tidur (khayalan, menungan, dan lain-lain), membangkitkan (dari tidur):
bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim daripada tidurnya;
akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang;

2. memeranjatkan, sangat menghairankan, mengagetkan, menyebabkan (orang) tersentak:
berita kematiannya sungguh ~ Bidin;

3. [kiasan] menyedarkan (supaya bertindak, maju, dan lain-lain), membangkitkan semangat, memberangsangkan:
perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam;

terkejut
1. terperanjat, tersentak, kaget:
seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy;
ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya;
~ besar
sangat terkejut (terperanjat);

2. terjaga (terbangun, tersedar) daripada tidur:
ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ daripada tidurnya;

kejutan sesuatu yang mengejuntukan (memeranjatkan), kesan (akibat) yang menyebabkan orang terkejut (terperanjat):
mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kepada mereka;
sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dengan mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda;
~ budaya akibat yang timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dengan atau terdedah kepada unsur-unsur kebudayaan lain yang lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dan sebagainya pada anggota kebudayaan yang lebih rendah tamadunnya);
~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik;

kekejutan
1. perihal terkejut (terperanjat);

2. terkejut, terperanjat:
Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul;

keterkejutan keadaan atau perihal terkejut:
lelaki itu terbanting oleh ~ yang maha dahsyat;

pengejut mudah terkejut (terperanjat).

berkongsi