kelip (berkenaan (dengan) mata, lampu, dan lain-lain), kedipan;
berkedip, terkedip tertutup seketika (sesaat) sebelum terbuka semula (berkenaan (dengan) mata), berkelip, terkelip;
tidak ~ (agak lama) tidak tertutup walau sesaat pun (berkenaan (dengan) mata);
berkedip-kedip, terkedip-kedip seketika terbuka seketika tertutup (berkenaan (dengan) mata), pejam celik dengan pantas (berkenaan (dengan) mata), seketika terbuka (terang) seketika padam (berkenaan (dengan) lampu), berkelip-kelip, terkelip-kelip:
matanya ~ apabila disinari cahaya dari lampu suluh itu;
lampu-lampu yang menghiasi kedai itu ~;
tidak ~ terbuka sahaja agak lama (berkenaan (dengan) mata);
mengedipkan menutup (mata) seketika (dan membukanya semula), mengelipkan, mengejapkan (mata);
kedipan perihal berkedip (mata, lampu), kelipan (mata dan lain-lain):
pondok kecil itu samar-samar juga menerima cahaya daripada ~ lemah pelita itu;
kejip.