kecil

1. tidak besar atau kurang besarnya daripada yang biasanya (seharusnya, selalunya, dan sebagainya):
seorang yang berbadan ~;
rumah ~;
kereta ~;
almari ~;
mangkuk ~;

2. tidak lebar, tidak luas:
jalan ~;
bilik ~;
kawasan (daerah) ~;

3. masih rendah umurnya (masih kanak-kanak):
budak yang masih ~ itu janganlah dipukul;

4. tidak besar modalnya atau urusan perniagaannya (perusahaannya dan sebagainya):
pedagang ~;
perniagaan ~;
perusahaan ~;

5. tidak banyak (jumlahnya dan lain-lain), sedikit:
sebilangan ~ sahaja pelajar yang memilih kursus tersebut;
perbezaan ~;
perbelanjaan ~;

6. tidak penting (mustahak):
perkara-perkara ~ tidak dibincangkan dalam mesyuarat itu;

7. tidak melibatkan banyak orang (pihak dan sebagainya) atau menimbulkan kesan yang sangat buruk (berkenaan (dengan) pertengkaran, pergaduhan, perselisihan, dan sebagainya);

8. tidak rumit, tidak sukar diatasi:
ada beberapa masalah dan rintangan ~ yang perlu diselesaikan dulu;

9. tidak tinggi (pangkat, taraf, kedudukan);
orang ~ orang bawahan, orang kebanyakan;

10. tidak kuat, halus:
ketawa ~;
suara ~;
~ jangan (tak boleh) disangka anak, besar jangan (tak boleh) disangka bapa (peribahasa) pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pada orang-orang muda);
~ teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak (peribahasa) kebiasaan semasa kecil menjadi tabiat yang sukar diubah apabila telah dewasa;

sekecil-kecil(nya) paling kecil:
agar dosanya dari yang sebesar-besarnya hingga kepada yang ~ diampunkan Allah;

berkecil-kecil tidak secara besar-besaran, (dengan) sedikit demi sedikit, kecil-kecilan:
mereka berniaga ~;

berkecil-kecilan
1. berlumba (berebut) mana yang kecil;

2. bergaul ketika masih kecil;

3. berkecil-kecil;

mengecil menjadi kecil:
api pelita akan ~ apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dalam;
alam fikirannya semakin ~;

kecil-mengecil
1. hina-menghina, rendah-merendahkan;

2. kecil-kecil;
benda ~ benda yang kecil-kecil;

mengecilkan
1. menjadikan kecil, menjadikan tidak atau kurang besar (lebar, luas, dan sebagainya):
kita boleh ~ api dapur ini dengan serta-merta;
~ perbelanjaan
mengurangkan perbelanjaan;

2. = mengecil-ngecilkan memandang atau menganggap kecil (tidak penting, tidak berharga, dan lain-lain), merendahkan, menghinakan, mengabaikan:
surat kawannya yang mengecil-ngecilkan dirinya menjadi punca kemarahannya;

memperkecil
1. menjadikan makin atau bertambah kecil, makin mengecilkan;

2. = memperkecil-kecil menganggap tidak penting dan sebagainya, mengecil(-ngecil)kan:
peranan akhbar-akhbar dan majalah-majalah tidak dapat diperkecil;

kecilan [Jakarta] 1. lebih kecil;

2. tidak penting atau mustahak: perbuatan ~ yang melanggar peraturan protokol;

kecil-kecilan berkecil-kecil, tidak secara besar-besaran, sedikit-sedikit:
memulakan perusahaan secara ~;
dia baru hendak mengenal politik secara ~;
serangan ~;

kekecilan
1. keadaan tidak besar (saiznya, luasnya, dan sebagainya, bilangan atau jumlahnya dan lain-lain);

2. keadaan tidak penting (berkenaan (dengan) kedudukan dan lain-lain):
semakin terasa ~ dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan;

3. [Jakarta] terlalu kecil;

pengecilan perihal (perbuatan dan sebagainya) mengecilkan:
pengurangan perbelanjaan awam akan melibatkan ~ peruntukan tersebut;

pengecil kata ~ [Indonesia] bentuk kata yang menyatakan kecil.

berkongsi