1. (berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dan sebagainya), hampa:
hatiku ~ kerana sahabat baikku pun tidak dapat menolongku;
2. tidak berjaya (mencapai sesuatu), gagal (dalam ujian, usaha, dan lain-lain), tidak berhasil (sesuatu usaha dan sebagainya):
beberapa percubaan mendaki gunung itu telah ~;
3. [sastera lama] cela, cacat;
mengecewakan
1. menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita):
kerosakan besar pada tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani;
peletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya;
2. menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dan sebagainya), menggagalkan;
terkecewa berasa kecewa;
kekecewaan perihal kecewa, perasaan kecewa (dukacita, hampa):
pada air mukanya, terbayang ~.