kecam I

mengecam mengkritik (keras), membidas, mencela:
beliau ~ sikap setengah-setengah pegawai yang kerap menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan-urusan pejabat;

kecam-mengecam saling mengecam antara satu sama lain:
kedua-dua pihak yang bertelagah itu ~ dan tidak mahu beralah;

kecaman kritikan (yang keras), bidasan, celaan:
pendapat ahli Parlimen itu telah menimbulkan ~-~ hebat daripada ahli-ahli agama;

pengecam pembidas, pengkritik, pencela.

berkongsi