1. banyak harta (wang dan sebagainya):
bak kata adat, tuah dek sisik, ~ dek pendapatan;
ia berasal daripada keluarga yang ~ juga;
orang ~
a) orang yang mempunyai banyak harta (wang dan sebagainya);
b) = orang ~-~ [sastera lama] orang yang tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya);
c) [Minangkabau] isteri orang yang berpangkat;
2. = Maha K~ Maha Besar, Maha Berkuasa (berkenaan (dengan) Tuhan):
Tuhan yang Maha K~;
3. = ~ dengan (sesuatu) banyak mempunyai atau mengandungi (dalam berbagai-bagai erti):
buah betik ~ dengan vitamin A dan C;
negeri yang ~ dengan sumber alam;
seorang lelaki tua yang ~ dengan pengalaman;
bahasa yang ~ bahasa yang banyak kata-katanya (ungkapannya dan lain-lain);
~ anak banyak anak;
~ hati (orang yang) mulia hatinya, dermawan, pemurah;
~ hutang (orang yang) banyak hutangnya;
~-raya kaya sekali (besar), sangat kaya;
(orang) ~ baru (orang yang) baru menjadi kaya;
hendak ~ berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai (peribahasa) hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani;
kalau ibu ~, anak jadi puteri, kalau anak ~, ibu jadi budak (peribahasa) perihal perbezaan antara kesayangan ibu dengan kesayangan anak;
orang baru ~ jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi (peribahasa) sia-sialah mengerjakan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah;
orang ~ suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia (peribahasa) orang hartawan yang selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (untuk puji-pujian);
tak ~ oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang (peribahasa) hendaklah berusaha sendiri untuk mencapai kemuliaan dalam hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang;
mengayakan menjadikan kaya (berharta atau berwang banyak);
memperkaya
1. menjadikan bertambah (makin) kaya:
~ diri sendiri;
2. [kiasan] menjadikan makin banyak (luas dan sebagainya), menambah banyaknya (luasnya dan sebagainya), memperbanyak atau memperluas:
usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu;
kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dengan dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera;
terkaya kaya sekali, paling kaya;
kekayaan
1. perihal kaya:
apabila tuan hamba dalam ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dengan kesukaan kami;
perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin untuk menunjuk-nunjukkan ~;
2. segala harta benda (wang dan lain-lain) yang dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak:
harta ~nya akan diwariskannya kepada isterinya;
mereka berhak mempunyai ~nya sendiri;
3. kekuasaan, kebesaran:
~ Allah SWT;
pemerkayaan perbuatan (proses) menjadikan sesuatu bertambah (makin) kaya:
kemasukan pengaruh bahasa asing memang memainkan peranan penting dalam ~ bahasa Indonesia;
pengayaan perihal (usaha, proses, dan sebagainya) mengayakan:
pelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa;
~ atau peluasan perbendaharaan kata.