1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas):
~ seluas seribu hektar telah disediakan untuk projek-projek perindustrian itu;
~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita;
2. lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerintahan, dan lain-lain), wilayah:
tentera musuh menceroboh masuk ke dalam ~ Malaysia;
3. daerah atau wilayah yang sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dan lain-lain):
~ paya;
~ hutan;
~ tropika;
~ sejuk sederhana;
~ arang batu;
~ pertanian;
~ perladangan;
~ perusahaan;
4. [Negeri Sembilan] kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah;
~ hitam daerah atau selingkungan tempat-tempat yang dianggap berbahaya (kerana terdapat ancaman, gerakan, dan sebagainya oleh gerombolan pengganas);
~ legeh kawasan (tanah tinggi) yang memisahkan dua hulu sungai atau lebih;
~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dari pantai yang diiktiraf sebagai terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan;
~ putih daerah atau selingkungan tempat-tempat yang dianggap tidak berbahaya (bebas daripada ancaman pengganas);
~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yang padat dengan penduduk (bangunan dan sebagainya);
~ sterling lingkungan yang meliputi negara-negara yang menggunakan mata wang sterling sebagai pertukaran asing utamanya;
~ tadahan kawasan yang menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dan sebagainya;
berkawasan mempunyai (ada) kawasan:
pertubuhan antarabangsa yang tidak ~.