kawan

1. kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dan lain-lain):
Panglima Hitam melihat ~ ikan berenang-renang di air jernih;
datanglah kepada saya se~ muda-muda;

2. sahabat, teman (dalam pergaulan sehari-hari), rakan:
hendak tahu akan baik orang, tanyalah kepada ~nya yang karib;
aku dengan beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk;

3. orang yang bersama-sama melakukan sesuatu (terlibat dalam kegiatan, pekerjaan, dan lain-lain yang sama), teman:
~ sekerja;

4. [bahasa percakapan] ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup:
bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yang ibu idam-idamkan sudah tersedia;

5. pemakan, jodoh;
~ sirih apa yang dimakan dengan sirih;

6. [Johor], [bahasa percakapan] kata ganti diri pertama, aku, saya:
~ harap bila ayah ~ pindah rumah nanti, awak boleh datang;
~ berbuat
[Indonesia] orang yang berserta melakukan kejahatan;
~ berlumba saingan (berlari);
~ sekelas budak (teman) yang sama kelasnya;
umpama burung tumpang beramai dengan ~ banyak (peribahasa) perihal orang dagang yang tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang;

berkawan
1. = berkawan-kawan, berkawanan berkelompok-kelompok atau berkumpulan-kumpulan (berkenaan (dengan) binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan:
dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan;
orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan;
burung pipit yang berterbangan berkawanan dari dahan ke dahan;

2. bergaul dan berbaik-baik dalam hubungan sehari-hari, menjadikan (menganggap atau melayani sebagai) kawan, bersahabat, berteman:
tidak pernah ia menolak orang-orang yang mahu ~ dengannya;
tak usah ~ dengan dia;

3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri);

mengawan melakukan perhubungan jenis (berkenaan (dengan) haiwan), bersetubuh (berkenaan (dengan) haiwan):
katak biasanya kembali ke air untuk ~ dan bertelur;

mengawani menemani:
seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama untuk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah;

memperkawan
1. menganggap (mengambil) sebagai kawan, membuat kawan dengan;

2. minta pertolongan kepada;

memperkawankan
1. mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (berkenaan (dengan) orang yang belum kenal-mengenal, orang yang bermusuhan, dan lain-lain);

2. [Minangkabau] mengahwinkan (anak perempuan);

kawanan sekumpulan binatang, segerombolan penjahat, pengganas, dan sebagainya:
seperti seekor lembu di tengah-tengah ~ kambing;

pengawanan perbuatan atau proses mengawan:
proses ~ itu berlaku untuk menghasilkan baka lembu yang berkualiti.

berkongsi