kaum

1. puak, suku bangsa:
banyak ~ orang asli yang masih tinggal di dalam hutan;

2. jenis bangsa:
antara ~ yang hidup berpindah-pindah pada zaman sekarang ialah ~ Eskimo;

3. keluarga, sanak-saudara:
seorang gadis dilarang keluar belayar seorang diri kecuali bersama-sama dengan bapanya ataupun seorang daripada ~ kerabatnya yang haram nikah dengannya;

4. golongan (orang yang sekerja, sefahaman, setingkat, dan lain-lain):
~ buruh;
~ petani;
~ nelayan;

5. bahagian daripada jenis (tumbuh-tumbuhan dan haiwan);
~ asli penduduk asli di sesebuah negara;
~ atasan golongan orang yang tinggi taraf atau kedudukan mereka dalam masyarakat (seperti orang-orang yang berpangkat tinggi, golongan bangsawan, dan sebagainya);
~ borjuis golongan orang pertengahan (tidak tinggi atau rendah taraf atau kedudukan mereka dalam masyarakat);
~ buruh golongan pekerja (buruh);
~ guru orang-orang yang berjawatan guru;
~ ibu (wanita) golongan orang perempuan;
~ keluarga = ~ kerabat sanak saudara, saudara-mara;
~ kolot orang-orang yang termasuk dalam golongan yang berfikiran kolot;
~ lelaki golongan orang lelaki;
~ marhaen rakyat jelata yang kebanyakan (seperti petani kecil, buruh, dan lain-lain);
~ modal orang-orang yang kaya (bermodal), golongan kapitalis;
~ muda angkatan muda;
~ munafik orang-orang yang munafik;
~ Muslimin orang-orang Islam;
~ Musyrikin orang-orang kafir;
~ pemberontak orang-orang yang memberontak;
~ perewa [Minangkabau] orang yang buruk kelakuannya (seperti samseng);
~ proletar golongan pekerja bawahan;
~ rendahan golongan orang yang rendah pangkatnya atau kedudukannya, dan sebagainya;
~ syarikat orang-orang yang menjadi sahabat (sekutu);
~ tani orang-orang yang bertani, golongan petani;
~ terpelajar (cerdik, cendekia) golongan orang yang pandai-pandai;
~ tua generasi tua;

berkaum
1. berkerabat (dengan), mempunyai pertalian kekeluargaan (dengan):
dia itu ~ dengan saya;

2. berkaum-kaum;

3. [arkaik] (ber)sembahyang mengikut imam (berimam), sembahyang berjemaah;

berkaum-kaum berpecah-pecah mengikut kaum, berpuak-puak:
akan tetapi hidup mereka masih ~;

perkauman
1. (yang berkaitan dengan) kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak-saudara;

2. (yang berkaitan dengan) golongan, puak;

3. (yang berkaitan dengan sesuatu) suku bangsa, kesukuan (bangsa dan lain-lain):
perasaan ~ yang keterlaluan di negara yang berbilang bangsa sangatlah berbahaya.

berkongsi