[Arab]
1. kata, perkataan;
~ yang sah perkataan yang benar;
2. pendapat, fikiran:
adalah Sat Malangkai itu pada setengah ~ Bugis, keturunan puteri Balkis;
3. niat yang disertai dengan janji akan melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan), nazar:
adalah pada hari ini sahaja hendak melepaskan ~ sahaya;
membayar (melepaskan) ~ melepaskan nazar (menunaikan niat dan janji);
4. [arkaik] janji yang diikrarkan teguh-teguh;
hidup tidak kerana ~, mati tidak kerana sumpah (peribahasa) hidup mati terletak di tangan Tuhan;
berkaul berniat atau berjanji hendak melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan atau makbul), bernazar:
di gunung itu ada sebuah makam di dalam sebuah gua tempat orang ~ dan bernazar;
~ kepada (ke tempat) keramat (peribahasa) meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya;
mengaulkan menazarkan, meniatkan, mendoakan:
akan baginda itu kasih akan cucu baginda Sultan Menawar Shah daripada Sultan Mahmud, maka sangatlah dikaulkan baginda Sultan Mahmud biar mati.