kategori

1. bahagian dalam sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dan sebagainya) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu:
majalah ini boleh digolongkan dalam ~ majalah pengguna;

2. asas atau dasar sesuatu pengertian (dalam falsafah);

mengkategorikan memasukkan ke dalam atau menentukan sebagai tergolong dalam sesuatu kategori tertentu:
permainan ini boleh dikategorikan sebagai sukan rakyat yang amat digemari oleh rakyat;

pengkategorian proses mengkategorikan sesuatu, pengklasifikasian, penggolongan:
penulis membuktikan bahawa ~ jenis-jenis itu mempunyai konsep yang tersendiri.

berkongsi