sejenis binatang yang melompat, berkaki renang, berkulit licin, dan tidak berekor;
jenis-jenisnya:
~ air, ~ betung, ~ hijau, ~ kuak, Kaloula pulchra;
~ lembu (bertanduk) sejenis katak, Megalophrys nasata;
~ pisang sejenis katak, Rana erythraea;
~ puru sejenis katak, kodok, Bufo bufo;
~ di bawah tempurung (peribahasa) orang yang teramat picik pengetahuannya;
~ ditimpa kemarau (peribahasa) berkeluh-kesah dengan tidak keruan;
~ hendak jadi lembu (peribahasa) ingin melakukan sesuatu yang melebihi kesanggupan sendiri, hendak menyamai orang besar (orang kaya dan sebagainya);
alim bagai ~ tepi air (peribahasa) orang yang kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah daripada ilmunya;
bagaimana hari tak hujan, ~ betung dalam telaga berteriak selalu (peribahasa) orang yang selalu pergi ke rumah seseorang dengan tidak berketika dan dengan maksud yang tersembunyi;
laksana ~ , sedikit hujan banyak bermain (peribahasa) orang yang suka membesar-besarkan perkara yang kecil;
tak akan ada ~ beranak ular (peribahasa)
a) dikatakan mengenai yang mustahil terjadi kepada seseorang;
b) orang yang pengecut (bodoh) tidak akan menjadi orang berani (pandai);
terkilap-kilap bagai ~ disemburi (peribahasa) tentang orang yang diam sahaja dalam suatu perbincangan;
tiada akan licin ~ puru, jika sentiasa berhujan sekalipun (peribahasa) orang yang hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok.
katak I
berkongsi