kasih I

1. perasaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu, cinta:
~ku padamu masih seperti dahulu;
~ seseorang pada agama, negara, dan bangsa;
terima ~
pernyataan penghargaan atas pemberian (pertolongan dan sebagainya) yang telah diperoleh, syukur;

2. berasa sayang (akan), berasa cinta (akan):
ia bertambah ~ pula pada anak itu; ~ mesra sangat kasih (cinta);
~ ibu sepanjang jalan, ~ anak sepanjang penggalan (peribahasa) kasih ibu tidak putus-putus tetapi kasih anak dapat hilang;
~ sepantun tulisan pinggan (peribahasa) kasih yang tidak kunjung hilang (bagi orang yang terlalu mesra pergaulannya);
~ saudara sama ada, ~ bapa menokok harta yang ada, ~ ibu sama rata, ~ sahabat sama binasa (peribahasa) kasih yang sama berada itulah kasih yang sempurna (sebab biar bagaimanapun kasih seorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya);
~ itu semangat (roh) yang buta (peribahasa) kasih itu tidak memilih yang baik atau yang cantik sahaja;
~ tidak bersekutu dengan bijak (peribahasa) apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat celanya;
kerja sebarang tempat, ~ sebarang tempat (peribahasa) orang yang tidak berperaturan dalam pekerjaannya;

kasihkan kasih akan;
~ anak tangan-tangankan, ~ isteri tinggal-tinggalkan (peribahasa) anak yang dimanjakan akan rosak dan isteri yang diuliti selalu akan mendatangkan kedukacitaan;

berkasih berasa kasih:
adat ~ menanggung rindu;

berkasih-kasihan
1. saling berasa kasih, cinta-mencintai:
setelah sudah kahwin, maka kedua-duanya pun terlalu amat ~;

2. [sastera lama] berbaik-baik, bersahabat, tidak bermusuhan:
jika Seri Rama hendak ~ dengan kami, kembalikanlah Sita Dewi kepada Maharashi Kala;

mengasihi menaruh kasih akan (pada), menyayangi, mencintai:
ia sangat dikasihi oleh ibunya;
haruslah raja-raja melengkapi negerinya dan
~ segala rakyatnya;

kekasihan rasa cinta (sayang);

pengasihan perihal mengasihi;

berpengasihan mempunyai sifat mengasihi:
tangan ibunya yang ~ itu selalu mengusap-usap rambutnya;

kekasih orang yang dikasihi (dicintai), buah hati:
ia selalu menulis surat kepada ~nya;

pengasih
1. = ilmu ~ = pekasih jampi (azimat, doa, guna-guna, dan lain-lain) untuk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih:
dicarikannya pekasih atau pembenci kian ke mari, dituntutnya ilmu sihir kepada dukun-dukun yang pandai;
kata orang, saya ini memakai ilmu ~;

2. selalu menaruh (menunjukkan) belas kasihan, bersifat belas kasihan, penyayang:
ibu yang ~ dan penyayang;

perkasihan perihal berkasih:
hal ini menguatkan tali ~ antara kita.

berkongsi