karbon

(Kimia) sejenis unsur bukan logam yang wujud semula jadi dalam bentuk intan, grafit, arang, arang batu, jelaga, dan lain-lain;
~ dioksida sejenis gas yang tidak berwarna, tidak berbau, dan digunakan dalam alat pemadam api, minuman bergas, aerosol, dan lain-lain (terdapat sebanyak 0.03% dalam atmosfera);
~ monoksida sejenis gas yang tidak berwarna dan sangat beracun;
~ teraktif bentuk karbon yang berupaya menyerap gas, wap, atau pepejal koloid dengan banyaknya kerana struktur dalamannya mempunyai banyak liang;
~ tetraklorida cecair yang tidak berwarna, beracun, dan digunakan sebagai pelarut dan lain-lain;
kertas ~ kertas berlapis bahan karbon untuk membuat salinan surat (biasanya salinan surat bertaip);

mengkarbonkan
1. menukarkan sesuatu menjadi karbon dengan cara pembakaran, proses kimia dan sebagainya;

2. menyalut sesuatu dengan karbon;

pengkarbonan proses mengkarbonkan.

berkongsi