1. tenggelam (perahu dan lain-lain):
sebelum ~, barang-barang dalam kapal itu dapat diselamatkan;
2. digenangi (air):
kampung itu ~ oleh air bah;~ berdua basah seorang (peribahasa) dua orang yang melakukan kesalahan tetapi seorang yang kena hukum;
~ di darat (peribahasa) mendapat bencana di tempat sendiri (di tempat yang tidak sepatutnya);
~ di darat ada juga tinggal tungku lekar, ~ di laut habis sekali (peribahasa) mendapat kesusahan di tempat sendiri, dapat juga meminta bantuan tetapi kalau di tempat orang, putus bicara;
~ di laut boleh ditimba, ~ di hati bilakan sudah (peribahasa) kesedihan kerana kematian kekasih adalah lebih daripada kehilangan harta;
~ Kampar oleh Kuantan (peribahasa) orang yang dikasihi merosakkan harta yang diberikan, tetapi ia tetap disayangi;
~ sambal oleh belacan (peribahasa) mendapat kerugian oleh orang yang dipercayai (dikasihi);
~ tidak berair (peribahasa) mendapat kecelakaan dengan tidak tentu sebab-sebabnya;
orang ~ di laut, aku ~ di darat (peribahasa) mendapat bencana di tempat yang tidak patut mendapatnya;
telah ~ maka bertimba (peribahasa) setelah mendapat bencana baru ingat (menyesal);
mengaram turun hendak tenggelam;
disangka tiada akan ~, ombak yang kecil diabaikan (peribahasa) kerana tidak menghiraukan bahaya yang kecil, maka ditimpa celaka yang besar;
mengaramkan
1. menenggelamkan (perahu dan lain-lain);
2. [kiasan] membencanakan, mencelakakan;
kekaraman
1. mengalami bencana yang mengakibatkan perahu dan sebagainya karam:
mereka telah ~ di laut;
2. perihal karam.