undang-undang, hukum, peraturan;
~ adat hukum adat;
~ jenayah kanun keseksaan;
~ keseksaan undang-undang yang termaktub berhubung dengan perbuatan jenayah dan hukumannya;
berkanun ditubuhkan, dibenarkan dan sebagainya mengikut statut atau undang-undang tertentu:
organisasi itu merupakan sebuah badan ~;
mengkanunkan menjadikan undang-undang, mewujudkan (mengiktiraf dan sebagainya) menerusi penggubalan undang-undang:
Bahasa Melayu telah dikanunkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal;
terkanun termaktub dalam undang-undang, telah dijadikan undang-undang;
pengkanunan perihal (tindakan, proses, dan sebagainya) mengkanunkan.
berkongsi